Hikmah Pandɛmik! Kesabaran Gadis Ini Berbalas, Dapat Tunai Umrah Kali Kedua Dengan BFF
Setiap umat Islam pastinya memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
Begitu juga dengan gadis dari Gua Musang, Kelantan ini yang sudah dua kali mengerjakan ibadah umrah masing-masing pada tahun 2016 dan 2022.
Hanya mahu dikenali sebagai Nurin, dia sepatutnya berangkat ke Mekah untuk kali kedua pada tahun 2020, namun rancangan itu lama tertunda gara-gara pandɛmik yang melanda.
“Saya pernah ke Mekah dengan keluarga pada tahun 2016. Sepatutnya saya pergi buat kali kedua pada Mac 2020, tapi ia dibatalkan kerana pandɛmik C0v1d-19.
“Pada waktu itu, semua persiapan dah dibuat. Tapi tak jadi pergi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Akhirnya pada Disember 2021, saya dimaklumkan dapat ke Mekah pada Januari 2022.
“Tapi masa tu baca dalam surat khabar perjalanan ke Mekah digantung bermula 8 Januari. Saya risau dibat4lkan lagi kali ini, tapi syukur saya berangkat ke Mekah pada 6 Januari dan kembali ke Malaysia pada 19 Januari,” ujarnya yang berusia 23 tahun.
Menurut graduan Politeknik Kota Bharu itu, kunjungan kali ini sedikit berbeza berbanding ibadah umrah pertama kerana dia tidak bersama ahli keluarganya.
Sebaliknya, Nurin pergi ke sana bersama rakan sekampung yang dikenali sebagai Syakira yang mana ia dianggap sebagai antara kenangan terindah dalam hidupnya.
“Kali ini saya pergi dengan best friend saya. Kami dah berkawan lebih 10 tahun. Walaupun ibadah kali ini dilakukan dalam keadaan patuh prosɛdur operasi standard (S0P), namun semua urusan kami dipermudahkan.
“Saya rasa dengan adanya S0P, semua urusan jadi lebih senang. Contohnya, dulu berebut-rebut nak masuk Raudah (taman syurga) di Masjid Nabawi. Sekarang ada had masa, jadi saya boleh solat sampai ke depan. Lebih senang nak beribadah.
“Cuma kali ini saya tak dapat sentuh Kaabah kerana ia dikelilingi pagar. Kempunan sikit kali ini, sebab tahun 2016 dulu boleh sentuh,” ujar graduan bidang pemasaran itu.
Dalam pada itu, Nurin yang bekerja dengan keluarganya turut berkongsi video kunjungan ke tanah suci Mekah menerusi platform TikTok.
Video itu meraih lebih setengah juta tontonan dalam masa 24 jam dan turut dihujani pelbagai komen netizen.
“Ya Allah untungnya. Semoga rezeki saya dimurahkan juga dapat pergi ke Makkah.
“Subhanallah. Saya bila nak pergi? Doakan saya dapat pergi tanah suci. Amin.
“MasyaAllah. Rindu kenangan pergi umrah dengan BFF,” tulis beberapa netizen.
Jelas Nurin, dia turut menerima banyak soalan daripada netizen, khususnya mengenai S0P ibadah ketika pandɛmik serta proses perjalanan ke sana.
Untuk rekod, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 1 Januari lalu mengumumkan bahawa kebenaran perjalanan umrah untuk rakyat Malaysia digantung sementara mulai 8 Januari.
Jelasnya, keputusan itu dibuat kerana kebimbangan terhadap varian Omicr0n C0v1d-19.
Jemaah yang berlepas ke Arab Saudi antara 1 hingga 7 Januari akan dibenarkan untuk meneruskan umrah tetapi perlu menjalani kuar4ntin di stesen atau hotel yang ditetapkan sebaik pulang ke Malaysia.
Sumber mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.