“Hidup saya berantakan & kusµt, terutama selepas bercer4i” – Akhirnya Temui Ketenangan Yang Dicari, Avaa Vanja

Pelak0n, Avaa Vanja, bersyukur apabila Allah SWT menjentik hatinya untuk berubah ke jalan agama, sekali gus ‘menyelamatkan’ dirinya da­ripada terus hanyµt dengan arus duniawi.

Avaa, 42, yang kini bertudung ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, dia bertekad untuk berubah selepas menghadiri sebuah program keagamaan yang turut menampilkan Mizz Nina sebagai ahli panel.

Pelak0n filem Kala Malam Bulan Mengambang dan Hantµ Kak Limah Balik Rumah itu berkata, dia kagum de­ngan kerja dakwah yang dilakukan Mizz Nina dan tanpa diduga, memberinya inspirasi un­tuk berubah ke arah lebih baik.

“Sejak beberapa bulan lalu, hidup saya berantakan dan kusµt, terutama selepas bercer4i. Memegang status ibu tunggaI bukan sesuatu yang mudah.

“Terus-terang, saya tiada tawaran kerja seni sekarang. Tetapi, saya masih mampu menyuap anak makan dengan hasil kerja sambilan yang dilakukan. Saya buat apa yang termampu hingga terdetik di hati, Allah SWT begitu baik terhadap kami.

“Sebenarnya, hati terdetik untuk berubah sudah lama. Cuma, baru sekarang saya bertindak. Buat apa fikir lagi? Saya terus buat dan berubah tanpa perlu tunggu esok atau lusa,” katanya.

Avaa berkata, dia tidak kisah jika ada pihak yang memandang sinis perubahannya kerana per­kara itu dilakukan bukan untuk menarik perhatian umum.

“Sedikit pun tidak terlintas di hati untuk meraih perhatian orang. Saya tahu, pasti ada yang akan mempertikai perkongsian saya ini, namun saya lakukan k­erana Allah SWT.

“Saya berharap kehidupan saya dan anak berada di landasan betul dan mendapat reda-Nya. Saya juga berharap semua pihak melihat perkongsian ini dari sudut positif dan mendoakan kesejahteraan saya serta anak. Itu sudah cukup buat kami,” katanya.

Tambah Avaa, dia melakukan perubahan itu tanpa sebarang persiapan, malah bergegas mendapatkan tudung dan pakaian longgar untuk disesuaikan dengan imej barunya itu.

“Apa yang penting, saya sudah temui jawapan yang dicari selama ini. Saya cuma mahu ketenangan dan menyayangi diri. Semua itu hanya dapat diraih jika kita letakkan cinta pada Dia dahulu,” katanya.

Avaa atau nama sebenarnya Avaa Vanja Mohamad Ramli mendirikan rumah tangga dengan Aamil Sulaiman pada 2011, tetapi berpisah pada 7 Februari lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Merlissa yang kini berusia 10 tahun.

Sumber UM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.