(Video) Habitat Teranc4m, Gajah Makin Kerap Merayau Waktu Malam Di Kluang, Johor Undang Rasa Simpati Orang Awam

Kelibat seekor gajah yang berkeliaran di Kluang, Johor mengundang rasa simpati orang awam.

Video tµlar yang dimuat naik di aplikasi TikT0k itu memaparkan seekor gajah merayau di deretan kedai.

“Ikon baharu Kluang,” tulis azha manap.

Haiwan tersebut dikesan memasuki kawasan premis kedai di sekitar kawasan itu pada waktu malam.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu turut menunjukkan gajah tersebut terus melarikan diri ke arah hujung jalan setelah menyedari kehadiran individu yang merakam insiden tersebut.

Walaupun dianggap sebagai haiwan merb4haya, namun ramai warganet yang bersimpati dengan dengan gajah tersebut ekoran habitat teranc4m.

“Kesiannya. Habitat mereka makin kµrang.

“Sedihnya. Tolong hubungi jabatan yang dapat selamatkan hidupan li4r,” tulis delelashania.

“Kesian gajah-gajah ini. Tempat untuk mereka berehat sudah sikit, mungkin hutan dah sikit min,” kata mail8888_.

Seorang lagi pengguna TikT0k, Cahaya Ain meluahkan rasa sedih melihat keadaan tersebut.

“Kenapa tengok video ini rasa sedih? Kesiannya, mesti gajah pun takµt kalau nampak manusia.

Dalam masa sama tempat tinggal dia pun dah tak selamat,” tulisnya.

Video tersebut telah mendapat 1579 tontonan setakat ini.

Untuk makluman, kelibat gajah yang dirakam di daerah Kluang ini bukan kali pertama berlaku.

Pada Jun lalu, penduduk di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, digegarkan dengan kehadiran dua ekor gajah di kawasan taman perumahan mereka.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa dan Jabatan Perhilitan Negeri Johor berhubung perkara tersebut.

Sumber Majoriti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.