Gugµr kandµngan pada usia masih kecil, dikira dar4h nifas – Pendakwah Ini Beri Contoh Yang Mudah Difahami

Tiada sesiapa yang mahu dirinya kegugµran bayi yang dikandungnya. Namun, andai tersurat begitu, hati mesti cekal dan kuat untuk menghadapinya.

Barangkali belum ada rezeki lagi untuk kita menimang cahaya mata pada masa itu. Bersabarlah dengan kehilangan berkenaan. Percayalah pasti ada hikmah di sebaliknya.

Bercakap tentang kegugµran, segelintir orang mungkin pernah menerima berita sedih itu pada usia kandungan masih kecil, sudah matang dan seumpamanya.

Jika kegµguran dialami ketika bayi sudah matang, dar4h yang keluar selepas kelahiran bayi itu sudah pasti merupakan darah nifas.

Namun begitu, bagi mereka yang keguguran pada usia kandungan masih kecil, misalnya lapan minggu, 12 minggu dan sebagainya pula, bagaimana?

Adakah dar4h yang keluar selepas keguguran itu dikira dar4h peri0d atau dar4h nifas? Ramai yang keliru tentang perkara ini kerana kurang jelas dengan perihal hukµm-hakam tentang darah haid atau nifas. Barangkali diri diselubungi perasaan malu untuk bertanyakan soalan yang bersifat agak peribadi ini.

Menjelaskan tentang perkara berkenaan, pendakwah Dr Ustaz Syed Shahridzan berkata, wanita yang mengalami kegugµran sebenarnya hukµmnya sama seperti wanita yang bersalin. Maka darah yang keluar selepas keguguran itu dikira sebagai darah nifas.

Begitupun, beliau menambah, ada beberapa perkara yang semua orang perlu jelas dengan perihal dar4h nifas menurut Mazhab Syafie.

“Kadar minimum bagi darah nifas ialah satu percikan (majjah) dar4h yang keluar selepas bersalin walaupun sedikit.

“Dari segi tempoh masa darah nifas, tempoh normal/kebiasaan bagi darah nifas adalah 40 hari, manakala tempoh maksimum untuk darah nifas adalah 60 hari,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran menerusi laman sosial facebook miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr Ustaz Syed Shahridzan turut menjelaskan beberapa masalah yang berkaitan dengan darah nifas yang menjadi kekeliruan ramai.

Beliau juga memberikan contoh situasi bagi memudahkan kita memahaminya. Berikut antara masalah berkaitan darah nifas:

1. Jika darah nifas terputµsJ kurang daripada 60 hari, kemudian timbul semula dalam tempoh tersebut, maka ia masih dikira darah nifas.

– Contohnya, darah terhenti pada hari ke-45, kemudian timbul semula pada hari ke-55, maka darah yang keluar dari hari ke-55 masih dikira sebagai nifas. namun, jika masih berterusan lebih dari 60 hari, ia dikira istihadah.

2. Jika seseorang wanita terputus darah nifas dalam tempoh maksimum (60 hari), namun kurang daripada 15 hari, maka ia masih dikira sebagai darah nifas.

– Contohnya, dar4h nifas Siti terhenti pada hari ke-20, kemudian datang semula pada hari ke-31, maka ia masih dikira sebagai darah nifas.

3. Berlainan pula jika seorang wanita terputµs dar4h nifas selama 15 hari atau lebih, maka darah yang datang untuk kali kedua itu dikira sebagai darah haid kerana dia telah melalui tempoh penyucian haid yang minimum iaitu 15 hari.

– Contohnya, apabila Siti terputµs darah nifas pada hari ke-20, kemudian darah muncul kembali selepas 15 hari iaitu hari ke-36, maka darah ini dikira sebagai darah haid bukan lagi darah nifas.

4. Jika wanita yang mengalami pendarahan lebih daripada 60 hari, maka darah itu dikira sebagai darah istihadah, bukan darah nifas lagi.

5. Namun, setelah 60 hari darah masih keluar, jika terputµs darah walaupun sehari maka darah yang kedua itu sudah dikira sebagai darah haid kerana ia sebagai pemisah antara darah istihadah dan darah haid yang baharu.

– Contohnya, darah keluar selama 63 hari kemudian berhenti pada hari ke-64 dan darah muncul kembali pada hari ke-65, maka ia dikira bermulanya kitaran darah haid. Sementara itu, darah yang keluar pada hari ke-61 hingga ke-63 ialah darah istihadah.

6. Jika seorang wanita yang setelah melahirkan anak, namun tidak kelihatan darah nifas yang keluar walaupun setitik seperti proses caesarean birth. Kemudian, setelah beberapa hari darah pun keluar. Dalam keadaan melihat kepada dua situasi:

i) Jika darah keluar dalam tempoh 15 hari, maka darah itu dikira sebagai darah nifas. Contohnya, jika Siti selepas melahirkan anak, tidak keluar darah (biasanya berlaku pada wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan), kemudian darah muncul pada hari ke-7 selepas bersalin, maka darah ini masih dikategorikan sebagai darah nifas.

ii) Situasi kedua pula, Jika selepas bersalin secara normal atau pembedahan dan darah tidak timbul atau keluar, namun darah mula keluar selepas 15 hari, maka darah ini dikategorikan sebagai darah haid, bukan darah nifas.

Sebagai contoh, Siti tidak melihat darah keluar walau sedikit pun selepas bersalin, namun darah mula keluar pada hari ke-16 selepas melahirkan anak, maka darah ini diketogarikan sebagai darah haid, bukan darah nifas.

Demikian penjelasan Dr Ustaz Syed Shahridzan tentang perihal darah nifas. Semoga penjelasan ini meleraikan kekeliruan ramai dalam bab ini.

Bukan sahaja kaum Hawa perlu cakna tentang perkara ini, tetapi orang lelaki wajib juga ambil tahu. Sebagai ketua keluarga yang memimpin isteri dan keluarga masing-masing, perihal tentang masalah wanita perlu juga diambil tahu.

Jangan pandang remeh tentang hal sebegini kerana ia melibatkan waktu solat kita.

Sumber FB Dr Syed Shahridzan Ben-Agil

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.