Gara-Gara Merebµt Harta Pusaka, Yang Hidup Berd0sa Dan Yang M4ti Merana

Gara-gara berebµtkan harta peninggalan si mati, adik beradik boleh berkelahi hingga putµs hubungan silaturahim. Malah lebih dasyat sampaikan berbµnuh semata-mata untuk rebµt harta pusaka. Paling sedih, may4t di rumah belum pun dikebµmikan lagi, namun harta yang direbut menjadi keutamaan. Itulah hebatnya penangan harta.

Yang beriman pun boleh tergugat imannya, apatah lagi yang hanya Islam pada nama. Mungkin agak kasar bunyinya, namun itulah realiti kehidupan masyarakat hari ini.

Setiap yang berlaku ada hikmah yang boleh diambil pengajaran darinya. Di samping mendedahkan ‘belang’ sebenar sikap seseorang, bahkan lebih dari itu turut memperingatkan kita agar lebih bersedia membuat persiapan sebelum tibanya m4ti.

Antaranya yang dituntut dalam Islam adalah mewasiatkan harta yang ada, atau paling tidak menghibahkan harta tersebut kepada anak-anak yang ditinggalkan.

Bukankah itu jalan yang terbaik dan kerana itulah Islam menganjurkan penulisan wasiat agar kehidupan manusia lebih harmoni.

Sememangnya pengurusan harta yang baik dapat menyumbang keamanan hidup buat waris yang tinggal sekali gus menjamin ketenteraman hidup buat yang telah m4ti.

Kepentingan meninggalkan wasiat turut diperjelaskan oleh Rasulullah SAW.

“Sesiapa yang mati meninggalkan wasiat maka dia m4ti atas jalan Islam, m4ti dalam keadaan mengikut sunnah, mati dalam ketakwaan, mati dalam syahadah, dan matinya diampuni.” – HR Ibnu Majah.

Orang yang tidak beriman dan tidak memahami perkara ini akan berusaha mencari jalan untuk memperoleh harta tersebut sebanyak mungkin.

Namun, bagi orang yang beriman dan memahami hukum, mereka akan memastikan terlebih dahulu adakah dirinya tergolong di dalam golongan yang memiliki hak sebelum menghampiri harta tersebut.

Perlu diingat, sebelum sebarang harta dibahagi-bahagikan mengikut kaedah faraid, waris perlu memastikan setiap hak-hak si m4ti telah pun diselesaikan terlebih dahulu.

Antaranya kos pengurusan jen4zah serta hµtang piµtang si m4ti sama ada berhµtang dengan Allah SWT mahupun manusia.

Bagi orang yang beriman, mereka tentunya memahami bahawa segala sesuatu itu milik Allah. Maka janganlah pula mengambil sesuatu yang tidak diizinkan serta dihar4mkan oleh Allah SWT.

Justeru, setiap individu perlu jelas dan maklum perihal ilmu berkaitan faraid. Rasulullah SAW bersabda:

“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkan kepada manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu pertama yang akan dicabµt dari umatku.” – HR Ibnu Majah

Sekiranya tidak arif bab faraid, maka ikutlah kaedah yang paling mudah. Surah An-Nisa’: 11 dan 12 cukup jelas menerangkan mengenai pembahagian harta ini.

Manakala bagi si mati pula, ketika hidupnya perlu maklum tentang hak-hak yang perlu diberikan kepada waris-waris yang akan ditinggalkan. Jangan sampai rebµt harta pusaka, hak waris yang sepatutnya diberikan tetapi dinafikan pula.

Sebarang wasiat yang menafikan hak seorang waris yang berhak untuk mendapat faraid nyata terbatal secara automatik. Tiada guna mereka membuat wasiat kerana jika di akhirnya akan membawa pergadµhan keluarga.

Wasi (orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat) juga perlu menegur dan memastikan pembahagiannya tidak bercanggah dengan hukµm syarak.

Bahkan tidak pula mengubah wasiat yang dibuat bagi memastikan perjalanan pembahagian harta berjalan lancar sebagaimana firman Allah surah Al-Baqarah ayat 181 dan 182.

“Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya d0sanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang mati dengan berwasiat, maka dia m4ti fisabilillah (di jalan Allah).”

Hadis ini bermaksud, apabila si mati sudah menjelaskan hak dan bahagian setiap waris dengan jelas sebelum dia meninggal, dan apabila dia meningg4l, warisnya mengikut apa yang telah dijelaskan dengan sepakat, maka kedua-dua pihak akan hidup aman dan sentosa.

Namun berbeza keadaannya jika si m4ti tidak menguruskan harta mereka dengan keterangan serta wasiat yang jelas sehingga menyebabkan waris yang ditinggalkan bergaduh.

Kesannya, bukan sahaja yang hidup (waris) akan menanggung dosa, malah roh yang terpisah dari jasad juga turut mer4na.

Jika sewaktu hidup dia telah membuat arahan dan membahagikan hartanya kepada waris dengan jelas dan waris sepakat, tetapi berlaku juga pergaduhan selepas berlaku kematiannya, maka yang hidup berd0sa dan yang m4ti sudah selesai dan tidak perlu dipersoalkan.

Keadaan sama turut berlaku sekiranya dia telah mengamanahkan hartanya dengan jelas untuk ditadbir oleh wasi bagi kebaikan waris-warisnya, namun si pentadbir melakukan khianat atau gagal untuk mentadbirnya dengan jujur, amanah dan selamat, maka si pentadbir akan berdosa dan merana.

Manakala si mati tidak akan dipertanggungjawabkan tentang rebut harta pusaka tersebut.

Walau bagaimanapun di dalam isu pusaka, tidak ada pula mana-mana nas mahu pun dalil yang membincangkan secara khusus az4b yang diterima oleh si m4ti, tidak sepertimana ibadah yang lain seperti solat mahupun zakat dan sebagainya.

Tetapi sebagai gambaran untuk melihat bagaimana azab yang bakal diterima terhadap si m4ti, lihat pada kehidupan warisnya yang hidup. Sekiranya keluarga itu berantakan, berpec4h belah dan bergadµh, selagi itu yang di dalam kubµr tidak akan aman dan tenteram.

Walau apa pun berkaitan harta pusaka yang ditinggalkan ini sebenarnya ia merupakan ujian paling besar kepada yang hidup sama ada mereka tetap kekal dengan keimanan kepada Allah atau sebaliknya.

Ingatlah Allah berfirman dalam surah Al Anbiya: 35

“Setiap jiwa akan merasakan m4ti. Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan.”

Sumber Azrin Wahid

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.