Galas Tugas Jaga Lima Anak Saudara Termasuk Seorang Orang Kµrang Upaya (0KU) Selepas Kem4tian Ibu
Dengkil, sepasang suami isteri dianggap berhati mulia apabila sanggup membela lima beradik yang kem4tian ibu akibat C0v1d-19 tahun lalu meskipun berdepan dengan kekurangan sumber pendapatan untuk membesarkan anak yatim tersebut bersama dua lagi zuriat mereka.
Mohamad Khairudin Mat Zin, 41 tahun berkata, dia terpanggil untuk membawa lima anak arw4h adik isterinya itu termasuk seorang orang kµrang upaya (0KU) masalah pembelajaran dari Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Jenderam Hilir, Dengkil demi masa depan mereka.
Katanya, ibu lima beradik itu dij4ngkiti C0v1d-19 ketika adik bongsu mereka berusia 36 minggu dalam kandungan. Anak yatim itu berusia antara 11 bulan hingga 14 tahun.
“Selepas doktor mengeluarkan bayi, adik ipar saya ditidµrkan sebelum meningg4l dunia pada 3 September 2021. Dari pengamatan saya, kehidupan anak buah saya itu agak sµsah dan saya terus tawarkan diri untuk membela mereka demi masa depan masing-masing.
“Ketika ibu mereka di hospital, ada jiran dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membantu kerana ketika itu saya tidak boleh merentas negeri untuk melihat mereka,” katanya.
Menurut penyelia tapak di Bangi itu, pada mulanya mereka mahu mengambil dua daripada lima beradik itu, namun selepas berbincang dengan isterinya, mereka membuat keputusan menjaga kesemua mereka.
Tambahnya, dia berusaha mencari sekolah yang sesuai untuk si abang yang 0KU pembelajaran dan dia tidak sabar untuk masuk ke asrama bertemu dengan kawan-kawan.
“Pada mulanya sukar untuk memikul tanggungjawab itu kerana kami tidak mempunyai surat hitam putih sebagai penjaga.
“Alhamdulillah, kini kami sudah mendapat perintah mahkamah untuk menjaga salah seorang anak buah dan sedang berusaha mendapatkan untuk yang lain bagi memµdahkan segala urusan pada masa depan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Khairudin berkata, dia mempunyai dua anak berusia enam dan 10 tahun dan mengakui perbelanjaan turut bertambah selepas membela lima anak buahnya itu.
“Kami perlu hadap juga kerana memikirkan masa depan mereka berlima dan tak mahu perpisahan berlaku.
“Kami ada juga dapat sumbangan daripada ahli keluarga, saudara-mara, kawan dan jiran selain JKM yang sedikit sebanyak dapat meringankan beb4n kami,” katanya.
Sehubungan itu, Mohamad Khairudin merayu orang ramai supaya membantunya dari segi kewangan dan barangan keperluan demi menyara lima beradik berkenaan.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank di nombor 153047015354 atau menghubungi Mohamad Khairudin di talian 019-223 4512.
Sumber Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.