Enggan Lagi Berkongsi Kisah Rawatan lVF, Sedar Ada Hati Yang Terlµka – Misha Omar

Semenjak mendedahkan dirinya telah menjalani rawatan kesubµran lVF (persenyawaan in-vitro), penyanyi Misha Omar mengakui menerima banyak komen sedih dan kecewa daripada sesetengah wanita yang masih belum dikurniakan anak.

Menyedari situasi berkenaan, Misha atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Omar enggan lagi terlalu terbuka untuk berkongsi cerita tentang usahanya untuk mendapatkan zuriat.

Jelasnya, banyak hati yang perlu dijaga, justeru penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu memohon agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Rawatan kesubµran masih lagi diteruskan dan sekiranya ada berita baik (sudah hamil), saya akan kongsikan kepada umum.

“Dulu saya kongsi secara terang-terangan, ada juga wanita yang sedang ‘strµggle’ untuk mendapatkan anak terasa hati.

“Saya faham, apabila bercakap tentang usaha pencarian zuriat, semua orang mudah berasa sensitif. Tapi saya nak ingatkan, perkongsian saya sebelum ini hanya untuk mewujudkan kesedaran.

“Mungkin apa yang saya kongsikan sebelum ini melµkakan hati mana-mana wanita yang sedang berusaha keras untuk mendapatkan anak.

“Saya minta maaf, cuma saya nak ingatkan, artis atau bukan, kita semua berkongsi kesusahan yang sama,” katanya.

Misha ditemui selepas selesai membuat persembahan makan malam amal Bunga-Bunga Cinta di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Misha turut menjadikan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa yang tidak mendedahkan sepanjang fasa kehamilan kepada umum sebagai panduan buat dirinya.

“Saya nak cakap yang kalian tidak keseorangan. Saya puji pendekatan Neelofa. Dia diam sahaja tapi ‘know know’ (tahu-tahu) Bilal keluar.

“Tengok juga betapa berjayanya Siti Nurhaliza gigih untuk mendapatkan zuriat.

“Kesabaran dia dalam menunggu 11 tahun untuk dapatkan Aafiyah. Sepanjang usahanya itu, berapa kali dia sabar melalui kegagalan,” tuturnya.

Tambah Misha, setiap cahaya mata yang dikurniakan Allah itu adalah rezeki. Tidak kira anak angkat atau anak kandung.

“Anak yang lahir dari rahim kita atau pun bukan, ia tetap rezeki daripada Allah.

“Saya berharap agar semua wanita terutamanya yang sedang berikhtiar untuk hamil, jangan memikirkan perkara yang boleh merosakkan ‘mood’ kalian,” tuturnya.

Untuk rekod, sekitar Oktober tahun lalu, Misha mendedahkan telah menjalani rawatan kesµburan di sebuah pusat perubatan untuk hamil anak kedua.

Malah, Misha juga mencipta tanda pagar #menjejakkhadeja kerana berhasrat memiliki anak perempuan.

Misha bertemu jodoh dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa yang kini berusia enam tahun.

Selain itu, Misha juga memiliki seorang anak angkat, Muhammad Adam Emir yang kini berusia 16 tahun.

Sekadar info, Misha Omar (lahir Samihah @ Aisah Omar 6 Januari 1982 di Machang, Kelantan) adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu.

Pada 21 Februari 2012, Misha telah selamat mengikat pertunangannya bersama Firos Ezzwan Rossly, berumur sebaya, seorang juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tepat pada jam 1 tengahari. Majlis pertunangan mereka berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Misha iaitu di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Misha, Firos bukanlah orang asing dalam hidupnya sebaliknya adalah sahabat setia malah pernah putus cinta bersama jejaka tersebut pada tahun 2008. Jodoh menyatukan Misha dan Firos dengan ikatan pernikahan pada 2 Mei 2014.

Sumber URTV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.