Ditudµh Bersikap ‘double standard’ Gara-Gara Tidak Bantah Konsert Dewa 19, “Saya tiada kuasa! Jangan harap ustaz sahaja” – PU Syed
Pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed menafikan dirinya bersikap berat sebelah dalam menent4ng penganjuran konsert penyanyi luar negara di Malaysia.
Menurut PU Syed atau nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, dia konsisten bersuara mencegah sebarang aktiviti kemµngkaran yang berlaku dalam negara ini.
PU Syed bagaimanapun memberitahu dia tidak mampu mengawal atau menghal4ng konsert itu daripada berlangsung kerana tiada kuasa untuk berbuat demikian.
“Ramai orang memerl1 kita bila kita tak tegur atau berlakunya sesuatu konsert… mereka kata mana PU tak tegur, d0uble standard!
“Saya nak sebut untuk adik kakak sekalian, bukan kerja saya untuk melihat setiap hari mana konsert nak dibuat di Malaysia. Itu bukan kerja saya untuk cari.
“Apa yang kita maklumkan akan berlaku sesuatu perkara, kita cuba cegah tapi kemampuan kita terhad, anda semua tahu. Siapa la kita untuk ada kuasa mencegah secara total menyekat perkara mµngkar itu,” katanya.
PU Syed berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.
Dia turut memuat naik paparan skrin komen yang ditulis netizen di akaun Instagram mStar yang memintanya menegur konsert Dewa 19 yang berlangsung pada malam Jumaat.
“Yang ni PU tak nak tegur ke? Parti politik Islamik tak nak buat dem0nstrasi dan rusµhan bantah konsert ni ke? Jangan double standard dan pilih pilih,” tulis netizen berkenaan.
Dalam pada itu, PU Syed berkata mencegah kemungkaran bukan terletak dibahu pendakwah semata-mata.
Sebaliknya, ia menjadi tanggungjawab umat Islam bersama.
“Ada yang perli kata saya d0uble standard dalam menegµr dan mencegah, ini semua tak benar! Saya tak ada kuasa, hanya mencegah melalui lisan. Tak adil kata begitu (d0uble standard).
“Kalau anda tahu, anda perlu menegur dan mencegah perbuatan tersebut agar tidak berlaku. Jangan harapkan ustaz-ustaz sahaja. Kita semua perlu kedepan dalam mencegah kemungkaran ini,” jelasnya.
Sebelum ini, PU Syed secara terbuka membantah penganjuran konsert kumpulan Kp0p popular, iaitu Blackpink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun depan.
Apa yang menjadi pendebatan netizen adalah ada yang menuduh pendakwah bebas ini tidak menegur dan membantah konsert-konsert penyanyi tempatan dan luar negara lain seperti Dewa serta Noah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.
Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.