Diiktiraf Dunia lslam, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Anggap Anugerah Beri Inspirasi Sampaikan Islam
Menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang diiktiraf Universiti Islam Madinah tidak langsung membuatkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mendabik dada.
Sebaliknya, Dr. Zulkifli mahu menjadikan tempat pertama Anugerah Alumni Perintis sempena Majlis Konvokesyen ke-58 Universiti Islam Madinah itu sebagai pemangkin semangat dan inspirasi untuk terus berbakti kepada agama.
Menurut beliau, anugerah yang diterima itu merupakan satu amanah yang akan dipikul sebaiknya untuk menyantuni ummah dan menyampaikan risalah dengan lebih melµas.
Sambil merendah diri, Dr. Zulkifli yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu turut menganggap anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan kepada rakyat Malaysia serta tokoh dalam kalangan umat Islam.
“Sesungguhnya saya anggap anugerah ini memberi inspirasi dan pemangkin (semangat) walaupun saya merasakan diri ini amat kerdil.
“Insya-Allah, amanah ini akan saya pikul dengan sebaiknya untuk terus menyantuni ummah.
“Alhamdulillah, perkhabaran ini telah sampai ke hampir seluruh dunia Islam dengan saya juga telah maklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka amat sukacita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Munajat Khas Hari Arafah dan Jamuan Iftar Mahabbah di Pertubuhan Kebajikan Sumber Hukamak, Nilai, Negeri Sembilan.
Dr. Zulkifli telah mengharumkan nama negara selepas dikurniakan tempat pertama Anugerah Alumni Perintis sempena Majlis Konvokesyen ke-58 Universiti Islam Madinah, 16 Jun lalu.
Lebih manis, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu dipilih dalam kalangan 138 alumni yang tercalon dari seluruh dunia.
Majlis pengµrniaan anugerah itu disempurnakan Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Sementara itu, mengulas mengenai majlis hari ini, Zulkifli memaklumkan, majlis berkenaan sebagai mengambil semangat seiring dengan keadaan jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah, ketika ini.
Beliau berkata, majlis tersebut diadakan dengan niat mengambil peluang pada hari dan waktu yang mulia mendapatkan keberkatan Allah SWT.
Pada masa sama, beliau berkata, ia juga bertujuan mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan silatµrahim sesama umat Islam.
“Walaupun kita tak dapat ke Mekah tetapi kita dapat sama-sama berzikir, berdoa dan bermunajat kerana seperti yang disebutkan Nabi Muhammad SAW, Hari Arafah ini amal ibadahnya disukai Allah lebih daripada waktu lain,” jelas beliau.
LATAR BELAKANG RINGKAS.
Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir 16 Januari 1969) merupakan seorang ulama Islam dan ahli Dewan Negara di Malaysia. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Beliau merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7[2][3]. Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.[4] dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Kini, beliau merupakan anggota Muslim Council of Elders berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu yang dipimpin oleh Shaikh Dr. Ahmed el-Tayeb dan anggota The Assembly of Muslim Jurists of America, serta masih aktif membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
KEHIDUPAN AWAL.
Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976-1981).
Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Burµk, Kuala Terengganu (1985-1988).
Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993). Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin.
Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan.
Sumber Semasa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.
Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.