“Dia Nak Bayar Tapi Saya Tak Ambil”, Terima Pelanggan ‘Istimewa’ – Netizen Doakan Peniaga Ini Dimurahkan Rezeki

Sedekah adalah perkara yang senang diungkap, tetapi bukan semua orang mampu lakukan. Perkara itu adalah perkara yang mulia di sisi Tuhan kerana dengan hal sedemikian, kita menolong orang-orang yang berada dalam kesµsahan.

Walau sekecil-kecil pertolongan, Allah akan membalasnya dengan kebaikan yang tidak dijangka.

Menyebut hal bersedekah, seperti satu video yang dikongsi oleh TikT0k Warung Lentera, mereka mendapat pujian oleh orang ramai.

Ini kerana, sifat peniaga yang pemurah dan membantu orang ramai sebegini, lagi-lagi kepada orang istimewa atau dalam erti kata lain, golongan Orang Kelainan Upaya (0KU) adalah sifat yang mulia.

Dia menceritakan terdapat pelanggan istimewanya yang selalu datang ke gerai jualan mereka di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kedah tetapi mereka tidak mengambil sebarang bayaran dan caj kepada anak-anak syurga itu.

“Ni customer tetap saya. Hari-hari mai. Setiap kali mai dia akan order 2 isi ketam tanpa kuah. Selalu dia akan bagi RM1 untuk makanan tu. Tapi saya tak ambil.

“Tapi hari ni mak yang tolong jagakan kedai sat sebab saya pi solat dan mak ambil duit RM1 yang dia bagi. Then baru tanya saya selalu ambil dan duit, saya cakap tak.

“Ni second trip mai, tu mak bagi balik RM1 dekat dia,” ceritanya dalam kisah pelanggan ‘istimewa’ itu.

Menerusi vide0 berkenaan, dia menunjukkan 2 orang pelanggan ‘istimewa’ yang selalu datang dengan gelagat comel dan menyenangkan hati.

Meninjau ruangan komen, netizen dan orang ramai terharu serta bangga dengan sikap peniaga Warung Lentera terbabit. Kata mereka, peniaga sebeginilah yang selalu akan dimurahkan rezeki oleh Allah kerana selalu menolong orang dalam kesusahan.

“Semoga diperluaskan pintuk rezeki dan dipermudahan segala urusan orang baik,” kata netizen kepada peniaga berkenenaan.

“Dalam kita tak tahu, orang macam ni yang bawa rezeki dekat kita. InshaAllah, Amin,” kata netizen bernama Liyana Zainal.

Semoga kisah sebegini selalu dipaparkan untuk kita saling mengingati bahawa kita sememangnya memerlukan antara satu sama lain untuk hidup aman dan makmur di dalam dunia ini.

Dalam konteks kehidupan, percayalah jika kita memberi, Allah akan membalasnya dengan lebih lagi. Percayalah, segala rezeki datang daripadaNya dan semoga semua dipermudahkan urusan.

Terima kasih orang baik-baik, Semoga Allah merahmatimu.

Kredit @warunglentera

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.