Cerita Pendek Yang Boleh Dijadikan Iktibar – Tabµr RM100,000 Atas Meja Showroom BMW Kerana Rasa Terh!na Dipandang ‘Tak Mampu’
Memang telah menjadi lumrah dalam kehidupan hari ini, rupa paras dan penampilan fizikal dianggap sebagai lambang statµs seseorang.
Tidak hairanlah sekiranya mereka yang berpakaian kemas serta berjenama mewah sering dianggap sebagai kaya-raya berbanding dengan mereka yang hanya ‘sempoi’ dan berpakaian hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.
Kisah benar yang sarat dengan pengajaran ini dikongsikan oleh Ir. Hj. Zainuddin Omar di laman FBnya berikut yang mengajak orang ramai agar jangan terlalu taksµb atau memandang rendah terhadap gaya berpakaian seseorang.
Cerita Pendek Yang Boleh Dijadikan Iktibar.
Pada tahun 80’an saya mempunyai seorang rakan sepermainan badminton bernama Harun (bukan nama sebenar).
Beliau berbadan gemok lebih kurang 150kg tetapi tersangat suka bermain badminton regu.
Harun jenis orang happy go lucky, berpakaian cumpang-camping dan hanya berselipar jepun ke mana-mana.
Beliau bercerita pernah memasuki sebuah showroom BMW untuk beli sebiji BMW E30 325iX.
Pada zaman 80’an BMW ini memang kereta orang kaya kerana harga lebih 100,000 ringgit.
Apabila masuk showroom dengan pakaian c0mpang-camping dan berselipar jepun, tiada seorang salesman pun mahu melayan beliau.
Walaupun dipanggil, tiada siapa datang kerana Harun tidak nampak seperti seorang yang serius mampu membeli sebiji kereta BMW.
Keesokkan hari Harun mengeluarkan duit dari bank 100,000 ringgit dan masukkan ke dalam briefcase.
Beliau pergi semula ke showroom BMW tersebut.
Walaupun tiada siapa melayan, beliau membuka briefcase dan menabur duit 100,000 ringgit atas meja.
Baru berebut salesman datang melayan beliau kerana Harun ingin membeli BMW E30 325iX secara tunai.
Sebenarnya rakan saya ini seorang yang kaya kerana telah menjual tanah (tapak Hilton KL sekarang) dengan harga 5 juta ringgit. Tanah tersebut diwarisi dari bapa beliau.
Beliau tidak bekerja dan setiap hari bermain badminton sahaja.
Moral of the story.
Kepada salesman semua, layan setiap customer sebagai potential client dan jangan pandang hina mereka yang berpakaian cumpang-camping dan tidak smart.
Banyak kes yang nampak berpakaian smart adalah mereka yang tak berduit tetapi berlak0n kaya dan seorang sc4mmer.
Sumber FB Zainuddin Omar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.
Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.