Cac4t Penglihatan Bukan Menjadi Penghalang Bagi Pelajar Ini, Berjaya Raih 10A Dalam Peperiksaan SPM
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 telah diumumkan. Sudah tentu ibu ayah teruja untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak.
Namun untuk mencapai kejayaan sudah tentu bukan jalan yang mudah. Ada banyak pengorb4nan yang harus ditempµhi.
Nekad untuk berjaya dalam bidang akademik, bagi remaja yang dilahirkan cac4t penglihatan, Che Ku Nur Ain Husna Che Ku Azri telah membuktikan kekµrangan diri bukan halangan untuknya cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Setapak di sini memperoleh 10A dalam peperiksaan itu sekali gus menjadi antara pelajar terbaik peringkat negeri.
HIL4NG PENGLIHATAN SEPENUHNYA SEBELUM SPM.
Dµgaan buat remaja ini bukan calang-calang apabila diduga apabila hilang penglihatan sepenuhnya beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan.
Che Ku Nur Ain Husna yang berasal dari Kuala Besut, Terengganu mengakui, fokusnya terganggµ seketika apabila perlu menjalani pembed4han pada tahun lalu selain belajar dalam suasana baharu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bagaimanapun, saya berusaha juga lakukan yang terbaik dan bersyukur kerana dapat keputusan cemerlang.”
Dia meluahkan cabaran itu ketika ditemui selepas sidang media pengumuman rasmi keputusan SPM 2021 dan penyerahan sijil kepada pelajar cemerlang di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Majlis disempurnakan Pengarah Pendidikan JPWP Kuala Lumpur, Norhayati Ab Wahab. Che Ku Nur Ain Husna hadir ditemani ibu, Roshaila A Rahman, 46, dan bapanya Che Ku Azri Che Ku Ahmad, 46.
PENGLIHATAN TERUK SEJAK DIBANGKU SEKOLAH RENDAH.
Bercerita kisahnya, remaja itu memberitahu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman, Terengganu sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai (Tepces) dan SMK Pendidikan Khas Setapak.
Katanya, dia tiada masalah untuk belajar kerana menggunakan alat bantu penglihatan iaitu ‘magnifier’ sejak berumur sembilan tahun selain telefon pintar.
“Saya anak sulung daripada tiga beradik dan dalam keluarga hanya saya seorang yang ada masalah penglihatan terµk, berpunca daripada genetik kerana keluarga sebelah ayah juga ada sejarah masalah penglihatan.
“Orang luar mungkin nampak sµsah, namun tidak sangat sebenarnya kerana saya sudah terbiasa dengan kehidupan sebegini (tidak dapat melihat).
“Tipµ jika saya katakan tidak pernah berasa rendah diri langsung, namun cuba yakin dan terima ketentuan dengan reda,” katanya.
Berkongsi hala tujunya, Che Ku Nur Ain Husna berhasrat menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Asasi Sains Sosial dan program psikologi.
Katanya, dia mahu memastikan impiannya tercapai dan menjadi contoh kepada adiknya dan 0KU yang lain.
Sumber Harian Metro.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.