Bermula Dari Bantu Suami Berniaga Laksa, Wanita Ini Bangkit & Tekad Ubah Nasib – Kini Berjaya Catat Jualan RM17 Juta
Kesuk4ran untuk menɛmpuh kehidupan bukan saja merupakan pengalaman pahit, tetapi ia juga mampu dijadikan pemangkin dan pencɛtus semangat untuk seseorang itu mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Kesusahan itulah yang dijadikan landasan oleh Noor Faqirah Abdullah, 27 tahun, untuk bangkit berju4ng merubah keadaan hidupnya.
Wanita berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan ini masih ingat bagaimana pada tahun 2018 semasa dia sarat mengandung anak sulung dan dia masih membantu suaminya berniaga laksa di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di negeri kelahirannya itu.
Berasa keadaan yang suk4r dengan dirinya yang berbadan dua dan pendapatan yang tidak seberapa, Faqirah tɛkad mahu mencuba mengubah hidup keluarganya, tambahan pula ketika itu dia dan suami duduk menumpang di rumah mertua.
Selepas bersalin, bermula dengan modal yang kecil, dia mengambil inisiatif memulakan perniagaan dengan menghasilkan hɛrba kurus tradisional. Faqirah terpaksa menggunakan wang anaknya dan ditambah dengan sedikit duit simpanannya untuk dijadikan sebagai modal.
Bahan untuk menghasilkan jamu itu pula diperoleh daripada ayahnya sendiri, seorang penjual akar kayu di Kota Bharu. Namun produk Herba Kurus Tradisi (HKT) yang dihasilkannya itu tidak mendapat sambutan pada peringkat awal.
Pada pertengahan tahun 2019, barulah produk yang dihasilkannya itu mula mendapat perhatian apabila ramai yang bertanya bagaimana dia boleh menurunkan berat badan sehingga 15 kilogram selepas bersalin.
Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, Faqirah memberitahu dia mengamalkan jamu yang dibuatnya untuk kembali langsing setelah bersalin. Secara tidak langsung, dirinya sendiri menjadi testimoni kepada produknya sendiri.
Sejak itu, hidupnya mula berubah. Produk herba yang dihasilkannya mula mendapat permintaan tinggi untuk mereka yang mahu menurunkan bɛrat badan. Bukan saja mengubah rezeki Faqirah, tetapi ia juga membantu memberi rezeki kepada para wanita lain untuk menambah sumber pendapatan mereka dengan menjadi ejen jualan produknya itu.
“Mula-mula masa keluar produk dulu, tak ada orang beli. Memang sɛdih, bila orang lihat saya kembali langsing selepas bersalin, orang mula bertanya saya amalkan produk apa. Dari situ saya mula terima permintaan. Saya dapat feedback yang baik dan permintaan semakin banyak,” ujar Faqirah yang merupakan pengasas Qayra Beauty Empire.
Pada tahun 2020, perniagaannya semakin dikenali dan kini, Qayra Beauty Empire semakin berkembang dengan ejennya bertambah menjadi 6,000 orang di seluruh negara.
TIDAK LUPA BUAT KERJA AMAL.
Daripada sukar dan berjaya mengecapi kesenangan, ia tidak membuat Faqirah lupa pengalaman hidup susahnya dahulu. Faqirah merupakan anak ke 8 daripada 10 beradik dan Faqirah bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Ibunya sudah meningg4l dunia manakala ayahnya hanya seorang peniaga herba yang dahulu terpaksa berpanas dan berhujan untuk menjual demi mencari rezeki.
Kerana itulah, setelah perniagaannya berjaya, Faqirah bukan saja mahu membantu keluarganya, tetapi juga insan-insan lain yang dirasakan serba kekurangan.
Selain menawarkan peluang kepada golongan wanita terutamanya untuk menambah pendapatan bersamanya, Faqirah juga sering menderma sebahagian hasil pendapatannya untuk membantu orang-orang susah.
“Saya pernah hidup susah. Sebab itu saya mahu wanita di luar sana boleh cari wang walaupun mereka hanya suri rumah. Selain itu, saya juga suka lakukan kerja-kerja CSR. Salah satunya seperti bɛncana banjir baru-baru ini, kami sumbangkan lebih RM100 ribu untuk membantu m4ngsa-m4ngsa banjir,” ujarnya.
Bagi Faqirah, menjadi tanggungjawab sosialnya membantu mereka yang kesusahan. Malah, dia turut memperuntukkan sejumlah bajet setiap bulan supaya kerja-kerja amal ini sentiasa berjalan lancar.
Faqirah percaya, bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain juga ada keberkatannya dan membuat rezekinya dalam perniagaan juga semakin bertambah.
IMPIKAN BANGUNAN SENDIRI.
Memulakan perniagaan pada tahun 2019 dengan modal kecil tanpa ilmu perniagaan, Faqirah kini sudah mampu tersenyum lebar apabila Qayra Beauty mampu berjaya dalam waktu yang singkat. Pada tahun 2021, syarikatnya mencatat kejayaan jualan mencecah RM17 juta.
Kejayaan itu bermula dengan hasratnya untuk merubah kehidupan keluarga keluar daripada kesɛmpitan dan kesusahan hidup.
“Kejayaan yang dikecapi hari ini bukanlah datang dengan mudah. Pada peringkat awal, saya melakukan semuanya sendiri termasuk pembungkusan dan penghantaran. Kerana tiada wang, saya juga tidak mampu untuk membuat pemasaran. Hanya maklum balas mulut ke mulut yang akhirnya mengubah keadaan,” katanya.
Faqirah kemudian melakukan penambahbaikan formula jamu kampung yang diasaskannya. Daripada hanya beberapa botol, produknya itu mencecah jualan 200 ribu botol pada tahun 2021.
Terbaru, Faqirah melancarkan produk terbaru syarikatnya, Slimming Girdle. Produk lain keluaran Qayra Beauty adalah Slimocha , Slimberry dan Slimnut dan Maajun Premium.
Fokus anak jati Kelantan ini sekarang mahu meluaskan lagi empayar perniagaannya sehingga ke luar negara, selain bercita-cita mahu memiliki bangunan sendiri di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.
Sumber Wanita.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.