Berasal Dari Syurga & Akan Kembali Ke Syurga Sebelum Kiamat – Hajarul Aswad, Batu Dari Syurga Yang Mengejµtkan Saintis Barat

Pihak berkuasa Arab Saudi mendedahkan gambar paling istimewa di tapak arkeologi terpenting di Masjidil Haram di Mekah.

Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, sebanyak 1,050 gambar Batu Hitam dan tempat suci Nabi Ibrahim diambil menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.

Kaedah itu menggabungkan imej dengan tahap kejelasan yang berbeza-beza bagi menghasilkan sebuah gambar resolusi tinggi dari batu yang dikenal sebagai Hajarul Aswad.

Sebanyak 49,000 gambar megapixel diambil selama tujuh jam yang memerlukan tempoh selama berminggu-minggu untuk melakukan kerja pengeditan.

Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa mendedahkan gambar Hajarul Aswad secara terperinci.

Ketua Setiausaha Agong bagi Projek dan Agensi Pengajian Kejuruteraan, Sultan Ati Al-Qurashi berkata, pihak berkuasa berminat menggunakan teknik terkini pengimejan kerana sejarah Hajarul Aswad adalah sangat penting kepada umat Islam.

Batu yang berbentuk bujur dengan keluasan diameter 30 sentimeter (CM) itu terletak di salah satu bucu Kaabah.

Hajarul Aswad dikatakan datang daripada syurga dan warna asalnya adalah putih tetapi bertukar menjadi hitam kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama d0sa-d0sa yang dilakukan.

Menurut Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah Rasulullah SAW, diceritakan kisah pembinaan semula Kaabah oleh kabilah-kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda sehingga memµsnahkan sebahagian strukturnya.

Setelah pembinaan semula siap, kabilah-kabilah Mekah bertel1ngkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ke tempat asalnya di dalam Kaabah.

Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Kaabah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perb4lahan mereka.

Dengan kehendak Allah SWT jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad Abdullah yang mencecah usia ke-35 tahun ketika itu, iaitu lima tahun sebelum baginda menerima wahyu kerasulan.

Dengan kebijaksanaan, baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad ditengah-tengah kain tersebut.

Setiap ketua daripada kabilah Mekah itu diminta memegang bucu kain tersebut lalu mengangkatnya.

Akhirnya, Nabi Muhammad SAW sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempat yang sepatutnya, sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil.

HAJARULASWAD, BATU DARI SYURGA YANG MENGEJUTKAN SAINTIS BARAT.

Ketika menjejakkan kaki ke Mekah tidak kiralah sama ada melakukan umrah atau haji, salah satu yang menjadi buruan jutaan jemaah adalah mengucup batu Hajarul Aswad.

Bagi masyarakat bukan Islam, mereka mungkin melihat ia sebagai satu r1tual, sedangkan hakikatnya mengucup Hajarul Aswad bukanlah r1tual dan ia tidak ada kena mengena dengan syarat-syarat ibadah haji atau umrah.

Pertanyaan sebegini pernah dicetuskan oleh Sayidina Umar al-Khattab. Beliau berkata, “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bah4ya dan manfaat. Jika tidak aku melihat Rasulullah SAW mengucupmu, nescaya aku tidak akan menciummu.” (Hadis 228 Kitab Sahih Muslim).

Adalah satu perbuatan tidak masuk ak4l jika mereka mengagungkannya kerana ia hanyalah sebuah batu. Namun perlu difahami, umat Islam bertindak mencium dan mengusap batu itu bukanlah bertujuan untuk menyembahnya. Semua itu adalah saksi ketaatan dan rasa tunduk umat manusia terhadap perintah Allah SWT menerusi ajaran dan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda dalam hadis riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu Abbas ra bahawa, “Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan berkata-kata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar.”

Sejarah awal mendedahkan secara kasar, batu itu pernah pec4h pada zaman pertengahan menjadi lapan kepingan batu kecil.

Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut perak berukuran 25 sentimeter panjang dan 17 sentimeter lebar.

Orang pertama yang memasang lingkaran pita perak itu adalah seorang ahli sejarah dari Mekah, Abdullah Zubair, selepas berlaku kebak4ran pada Kaabah. Pemasangan itu dilakukan agar Hajarul Aswad tetap utuh dan tidak mudah pec4h.

Pada tahun 189 Hijrah, Khalifah Uthmaniah, Sultan Harun ar-Rasyid telah melakukan umrah di Mekah. Baginda memerintahkan seorang pengukir perak terkenal ketika itu, Ibnu at-Tahnan, untuk menyempurnakan lingkaran perak di sekeliling Hajarulaswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Kenapa batu itu begitu istimewa di kalangan umat Islam?.

Tidak lain kerana batu Hajarulaswad diriwayatkan permata yang berasal dari syurga dan dibawa turun ke bumi melalui malaikat Jibril. Ia kemudian diberikan kepada Nabi Ibrahim AS untuk diletakkan di salah satu sudut Kaabah. Lokasinya kini terletak di sudut timur Kaabah pada ketinggian 1.5 meter dari lantai Masjidilharam. Hajarulaswad menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf di Kaabah.

Apa yang mengagumkan, warna asalnya dikatakan lebih putih daripada susu. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah, dahulu batu itu bukan saja berwarna putih, tetapi juga memancarkan cahaya berkilau yang menyinari dari timur hingga ke barat. Sekiranya Allah SWT tidak memadamkan kilauan itu, tidak seorang pun manusia mampu memandangnya.

Mengapa batu itu berubah warna menjadi hitam?.

Rasulullah SAW bersabda, “D0sa-d0sa anak cucu Nabi Adam yang menjadikannya sebegitu rupa.” Sejak itu, batu ini dinamakan Hajarul Aswad yang membawa maksud batu hitam.

Bagaimanapun, saintis Barat sukar mempercayai hal ini, malah terus mempertikaikan asal-usul batuan itu.

Seorang ilmuwan Islam dari Mesir, Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar, dulu pernah mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi membuktikan asal-usul Hajarulaswad dari syurga sememangnya adalah benar.

An-Najjar meyakinkan dunia Islam bahawa kajian itu tidak akan merosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah. Tiba di sana, penyelidik itu mengambil dua sampel batu Hajarulaswad bersaiz mikro. Sampel itu kemudian dihantar ke makmal untuk diuji kaji.

Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang tertua di dunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana batuan yang terdapat di bumi.

Mereka kemudian mengesahkan batu Hajarul Aswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia Barat. Kesahihan itu sekali gus meletakkan kebenaran dalam ajaran Islam.

Sesungguhnya, mengucup dan mengusap Hajarulaswad bukanlah satu perbuatan dogmatik semata-mata, tetapi ia adalah perlakuan log1s yang tidak perlu diragµi dan dipertikaikan lagi.

Jika ada peluang, kucuplah kerana Siti Aisyah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Nikmatilah (peganglah) Hajarul Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat.”

Sumber Utusan Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihärämkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.