Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tr4gis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas – Kembar Seiras Berjaya Disatukan Selepas Terpisah 20 Tahun

Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tr4gis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20 tahun, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20 tahun, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, tahun telah dewasa dan disahkan September tahun lepas selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Adryani Iwani berkata kejadian itu mula terbongkar semasa dia berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.

“Saya kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum dia berkongsi akaun Instagram Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya.

“Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggilan untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa,” katanya.

Bagaimanapun bagaikan telah ditakdirkan, mereka akhirnya bertemu buat kali pertama secara bersemuka di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terpana apabila melihat persamaan yang ketara dari segi wajah dan tubuh badan.

“Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian,” katanya.

Menurutnya, akibat terlalu terkejut masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.

Katanya, kejadian itu tidak berakhir di situ dan ia berlarutan hingga Ogos tahun lepas apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik dalam media sosial gambar majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan di rumah.

Menurutnya, Noratirah kemudian menghubunginya melalui Instagram dan bertitik tolak daripada itu, banyak perkara dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA.

“Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami,” katanya.

Pelajar Diploma Kejururawatan berkenaan menjelaskan, ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah melibatkan dirinya, ibunya Siti Aminah Ismail, 66 tahun, Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.

“Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis setelah mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.

“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (telah meningg4l dunia pada 2018) yang sebelum itu telah membesarkan Noratirah,” katanya.

Sementara itu, kakak Adryani Iwani, Ayu Haryani, 42 tahun pula berkata ibu mereka memaklumkan, doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras atau sebaliknya.

“Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-dua mereka nama mama, jadi keluarga kami tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras,” katanya.

Ayu Haryani berkata berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani pukul 1.27 pagi dan kemudian Adryani Iwani 1.34 pagi.

Menurutnya, apabila diketahui keputusan ujian DNA, ibu mereka tidak dapat menerimanya dan pada peringkat awal, perkara itu juga tidak didedahkan kepada sesiapa pun kerana risau ia memberi kesan psik0logi terutama kepada Adryana Iwani.

Katanya, walaupun keputusan ujian DNA sudah diketahui, Ayu Haryani berkata keluarganya itu tetap menganggap Adryana Iwani sebahagian daripada sembilan adik-beradiknya dan akan memintanya untuk terus tinggal bersama memandangkan adik-beradik kandungnya yang lain semuanya sudah berkahwin.

“Ibu kandungnya pula sudah tiada manakala ayahnya meninggal dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui,” katanya dan menambah mereka sekeluarga telah melantik peguam dan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.

Pada masa sama juga Noratirah yang sebelum ini tinggal bersama ‘ayahnya’ di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu telah berpindah tinggal bersama keluarga kandungnya di Kampung Langgar, Kota Bharu.

ANAK YANG TERTUKAR , WAJIB UNTUK TUKAR KEMBALI BIN/BINTI DENGAN NAMA BAPA KANDUNG – Mufti Kelantan.

Kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berb4ngkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ini kerana anak sebenar itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meningg4l dunia.

“Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, h4ram kalau dengan sengaja. Dalam kes ini ia ‘tersilap’, jadi apabila tersilap, insya-Allah Allah SWT ampunkan.

“Tetapi dari segi pengurusan (Jabatan Pendaftaran Negara), terserahlah, kalau undang-undang kata tidak boleh tukar sebab melibatkan sijil misalnya, tidak mengapa, tetapi perlu ada satu catatan bahawa ini adalah anak angkat.

“Kalau tidak nanti dia boleh buat tuntutan di mahkamah dan berhak mendapat tuntutan pusaka. Sekarang tidak mengapa kerana damai (tiada perb4lahan),” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Shukri berkata demikian sebagai mengulas laporan berkenaan dua keluarga terpaksa mengharungi kisah tr4gis selepas tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian itu hanya disedari tahun lepas selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20 tahun, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20 tahun, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20 tahun, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata tidak menjadi kesalahan untuk anak yang tertukar itu terus tinggal bersama keluarga yang memeliharanya selama ini kerana dia dianggap anak sebenar kerana telah menyusu daripada ibu keluarga berkenaan.

Sehubungan itu, dari aspek hukum aurat adik-beradik susuan adalah sama dengan hukum aurat adik-beradik seibu sebapa, katanya.

Mengenai wali dalam pernikahan pula, merujuk kepada kes ini yang kedua-duanya sudah kehilangan bapa kandung, Mohamad Shukri menjelaskan pengganti wali yang terdekat ialah abang atau adik-beradik lelaki kandung.

“Meskipun (Adryana Iwani) sudah tinggal bersama keluarga angkat, wali pernikahan itu mesti ikut binti bapa yang sebenar, wali asal.

“Andai kata sudah nikah berwalikan bapa angkat atau adik-beradik angkat, tidak jatuh hukum zina, tapi dia mesti angkat lafaz nikah baharu dengan wali asal selepas diketahui hal sebenar,” katanya.
Bagaimanapun dalam kes ini, kesemua yang terlibat masih belum mendirikan rumah tangga.

Berkenaan ujian DNA bagi membuktikan tali kekeluargaan seseorang pula, Mohamad Shukri berkata ia boleh diterima pakai sebagai satu daripada mekanisme untuk menentukan nasab (anak kepada bapa).

Sementara itu, pakar genetik manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Thilakavathy Karuppiah berkata seseorang itu akan mewarisi 50 peratus daripada DNA ibu dan 50 peratus DNA bapa.

“Malah, setiap indidvidu pula mempunyai profil (corak) DNA yang berbeza, kecuali kembar seiras,” katanya.

Dr Thilakavathy berkata keputusan ujian DNA yang tidak boleh dipertikaikan adalah lebih kurang antara 96 peratus hingga 99.99 peratus namun, sebarang ujian DNA, ada kebarangkalian yang kecil akan memberi keputusan yang boleh dipertikaikan.

“Keputusan yang boleh dipertikaikan bukan bermaksud keputusan negatif. Semakin tinggi peratusan, semakin besar kemungkinan individu-individu yang diuji itu mempunyai tali persaudaraan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu dan akan berhubung dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber BERNAMA.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihärämkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.