Azizah yang bermata bulat, hidungnya mancung dan rambutnya kerinting – Azizah, Idola P. Ramlee Terµngkai
Nama Azizah kelihatan mempunyai kaitan rapat dengan P.Ramlee. Pertama kerana nama itu dijadikan tajuk lagu pertama ciptaan P.Ramlee. Kedua nama Azizah dipilih menjadi sebagai nama heroin filem “Penarek Becha” yang merupakan filem sulung arahan P.Ramlee. Lagu Azizah juga turut digunakan sebagai salah satu lagu di dalam filem Penarek Becha.
Lagu Azizah dicipta dan ditulis oleh P.Ramlee dalam tahun 1945. Apabila lagu itu ingin dimuatkan di dalam filem Penarek Becha, liriknya telah diolah semula oleh Jamil Sulong. Ketika P.Ramlee masih hidup Azizah yang menjadi tajuk lagu sulung ciptaan beliau seringkali menjadi bahan perbincangan. Hal ini demikian kerana ramai yang tertanya-tanya siapakah Azizah yang P.Ramlee maksudkan di dalam lagunya?
Kesimpulan daripada perbincangan itu, ramai yang beranggapan bahawa Azizah adalah gadis pujaan P.Ramlee semasa zaman remajanya. Malah, ada juga beberapa pendapat yang datangnya dari teman-teman remaja P.Ramlee di Pulau Pinang yang mengatakan Azizah ini adalah kekasih P.Ramlee semasa zaman remajanya. Namun ada juga beranggapan yang pendapat itu tidak boleh dipɛgang kerana tidak ada bukti yang sahih.
Jamil Sulong yang pernah diberi tugas oleh P.Ramlee untuk mengolah semula lirik lagu Azizah juga pernah beranggapan bahawa Azizah ini tidak wujud tetapi ianya hanyalah sebagai fantasi P.Ramlee sahaja. Ketika di Jalan Ampas Jamil Sulong serta rakan-rakan rapat P.Ramlee tidak pernah mendengar daripada mulut P.Ramlee tentang apa-apa cerita yang berkaitan dengan Azizah yang boleh disahihkan sebagai kɛkasih P.Ramlee semasa zaman remajanya.
Apa yang pernah diceritakan oleh P.Ramlee kepada Jamil Sulong berkenaan dengan Azizah ini adalah sebagai satu sumber inspirasi beliau untuk mencipta lagu dan lagu Azizah ternyata memberi tuah kepada P.Ramlee apabila lagu itu dan filem Penarek Becha telah mendapat sambutan hangat pada ketika itu. Nama Azizah terus menjadi mistɛri dalam kehidupan P.Ramlee, dan sesiapa pun dapat membuktikan kesahihannya.
BERITA MINGGU TEMUI AZIZAH P.RAMLEE.
10 tahun selepas P.Ramlee meningg4l dunia, akhirnya timbul berita tergɛmpar mengenai Azizah ini. Akhbar Berita Minggu bertarikh 26 Jun 1983 telah menyiarkan satu berita di muka hadapan dengan kepala berita bertajuk “BERITA MINGGU TEMUI AZIZAH P.RAMLEE”.
Dalam akhbar itu menyatakan, “Mistɛri si jelita Azizah yang dipuja oleh P.Ramlee hingga tercipta lagu khusus untuknya di dalam tahun 1950-an, kini terbongkar. Azizah yang bermata bulat, hidungnya mancung dan rambutnya kerinting seperti yang digambarkan melalui senikata lagu Azizah ciptaan P.Ramlee masih hidup dan kini menetap di Pulau Pinang. Ketika membuat filem Penarek Becha P.Ramlee telah menamakan heroinnya dengan nama Azizah yang dilakonkan oleh Sa’adiah.
Begitulah hebatnya Azizah di dalam hidup P.Ramlee. Anak Azizah yang bernama Fatimah Embi adalah seorang guru yang bertugas di Johor Bahru menceritakan beliau secara tidak sengaja memb0ngkar rahsia ibunya dan hubungkait ibunya dengan lagu Azizah ciptaan P.Ramlee. Menurut Fatimah Embi, beliau terpaksa memujuk ibunya selama sebulan meminta persetujuan untuk berkongsi kisahnya dengan Berita Minggu ini kerana ibunya itu disifatkan sebagai seorang yang sangat tɛgas dan berdisiplin.
Fatimah Embi menyatakan juga melalui penceritaan ibunya yang ibunya tidak tahu yang lagu Azizah itu telah dicipta oleh P.Ramlee untuknya. Wanita mistɛri yang bernama Azizah ini adalah anak golongan bangsawan dan keluarganya sangat disanjung dan dihormati di Pulau Pinang. Dia anak bongsu lapan adik-beradik yang berketurunan Arab Pakistan yang menetap di Kampung Makam, Pulau Pinang. Azizah sering menjaja bunga sutera serata kampung melalui Jalan Senggora, Jalan Pahang, Jalan Siam, Jalan Patani, Jalan Kajang, Jalan Kuantan dan Kampung Jawa. Di Kampung Jawa itulah tempat P.Ramlee yang selalu kelihatan memetik gitar atau menggesek biola bersama rakan-rakannya.
Kadang-kadang Azizah sering terserempak dengan P.Ramlee yang menungang basikal tua. Setiap kali bersua, P.Ramlee akan mengukir senyuman manis padanya. Kadang-kadang Azizah diµsiknya nakal. Pada satu hari P.Ramlee telah memanggil Azizah, “Hei budak mari sini”. Azizah pergi menghampiri P.Ramlee. P.Ramlee bertanya, “Siapa nama kamu?”, Azizah menjawab sepatah dengan menyebut namanya. P.Ramlee terus berkata, “Besar nanti, kamu kawin dengan aku, nak?”.
Azizah tersipu-sipu dan terus berlalu meningg4lkan P.Ramlee. Tanpa disedari oleh Azizah, dalam diam-diam P.Ramlee sangat menaruh hati dan memuja beliau. Tanpa diketahui oleh Azizah juga bahawa P.Ramlee telah cuba melamarnya melalui keluarganya sebanyak tiga kali. Tapi ketiga-tiga lamaran P.Ramlee telah dit0lak oleh keluarga Azizah. Semasa meningkat dewasa Azizah tidak lagi menjual bunga. Dia hanya berkµrung dirumah kerana dikawal oleh keluarganya. Azizah diasuh oleh keluarganya dengan penuh disiplin supaya beliau menjaga nama baik keluarganya yang dipandang tinggi dan dihormati.
Azizah juga tidak berpeluang untuk bergaul dengan pemuda-pemuda kampung apa lagi hendak menjalinkan hubungan cinta. Malah Azizah menyerahkan bulat-bulat soal jodohnya kepada keluarganya.”
Setelah P.Ramlee menjadi pelakon dan penyanyi yang popular pada awal tahun 1950-an. Azizah sangat meminati lagu-lagu nyanyian dan ciptaan P.Ramlee. Satu hari beliau telah mendengar lagu Azizah berkumandang di corong radio. Apabila beliau amati betul-betul bait-bait lirik lagu itu, nyatalah tepat mengenai dirinya. Matanya bulat, rambutnya kerinting, hidung mancung.
Azizah terkenang kembali kepada pemuda yang pernah mengµsiknya dahulu yang ketika ini telah menjadi penyanyi dan pelakon sanjungan ramai. “Ya tidak salah lagu itu dirujuk kepada diriku, bisik hati kecilnya.” Tetapi Azizah tidak pernah memikirkan dengan lebih jauh makna yang terkandung di dalam lagu itu.
Azizah hanya tahu tentang peminangan P.Ramlee ke atas dirinya hanya selepas seniman agung itu meningg4l dunia. Itu pun secara kebetulan ketika beliau terserempak dengan rakan wanitanya ketika remaja dahulu di pasar. Rakannya itu mencuit Azizah dan berkata, “Eh, dah meningg4l dia, ya?”. Azizah terpinga-pinga, “Siapa?” dia bertanya, kehairanan. “Eh, P.Ramlee lah.
Dulukan dia pernah masuk meminang kau. Tiga kali dia masuk meminang, semuanya dit0lak,” jawabnya. Azizah menerima berita itu antara percaya dengan tidak. Bisik hati Azizah, “Mungkin ditakdirkan tidak ada jodoh.”
Azizah berkahwin dengan seorang pemuda Pakistan yang bernama Embi bin Abu Bakar. Azizah berkahwin ketika usianya 16 tahun. Suaminya pernah menjadi kerani kanan di Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Suami Azizah meningg4l dunia pada tahun 1976. Hasil perkahwinan Azizah dan Embi, mereka dikurniakan 10 orang anak, empat lelaki dan enam perempuan.
Sumber Berita Minggu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.