Atuk rela tidur di pondok hospital tak kisah ada nyamuk – Cinta Sejati, Kalau Dekat Gadµh-Gadµh Manja

Cinta sampai ke hujung nyawa, kasih sayang hingga ke syurga. Begitulah yang dapat digambarkan kisah seorang warga emas tetap setia menemani isterinya di hospital meskipun tidak dibenarkan untuk berada sepanjang masa di dalam wad bersama suri hatinya itu.

Gara-gara pandɛmik C0v1d-19 ini, dia akur terpaksa mematuhi segala arahan dan prosɛdur yang telah ditetapkan pihak hospital walaupun ia sangat bɛrat untuk diterima.

Tular beberapa foto di laman Faceb00k apabila warga emas ini menjenguk isterinya di tingkap wad Hospital Parit Buntar, Perak.

Munirah Muhamad Basir iaitu cucu kepada warga emas itu berkata foto yang dimuat naik itu bukan diambil olehnya tetapi dihantar oleh makcik yang menjaga atuknya di kampung melalui group WhatsApp.

“Saya kenal sangat gelagat atuk dan nenek saya ini. Tak boleh berjauhan langsung. Sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi kisah mereka di ‘Kami Suri Rumah’.

“Tak sangka pula sampai vir4l, niat saya nak kongsi kisah cinta mereka dan nak minta orang ramai untuk doakan nenek saya,” katanya.

Wanita berusia 28 tahun itu mendedahkan, neneknya, Sabariah Omar kini berusia 74 tahun manakala datuknya, Mohd Saad Sudin pula 76 tahun.

AMBIL BERAT TERHADAP ISTERI.

Tambah Munirah lagi, meskipun neneknya itu tidak mempunyai s4kit yang kritik4l tetapi dia sering kali masuk wad kerana masalah pernafasan.

“Nenek saya on off masuk hospital, dia sebenarnya tak boleh terlalu penat. Nanti dia sukar untuk bernafas.

“Kali ini dia kena masuk wad sebab terkanan darah tinggi. Selain itu, nenek saya ada tiroid dan masalah paru-paru.

“Hidupnya memang dengan ubat, tapi kalau tengok betul-betul tak adalah terlalu uzur. Dia kuat lagi.

“InsyaAllah… esok nenek saya dah boleh keluar kalau tɛkanan d4rah semua okay, dan kalau paru-paru semua tak ada masalah,” ujarnya.

Munirah turut memberitahu, nenek dan atuk sebelah ibunya itu memang sangat manja dan sering kali memberi gelaran cinta sejati kepada mereka.

“Mula tu, atuk saya sanggup tidur di pondok hospital, dia tak kisah nyamuk ka apa. Janji boleh jaga nenek saya. Dia terlampau ris4u cuma sekarang dah okay sikit bila makcik saya dibenarkan untuk ada bersama nenek di dalam wad.

“Dia akan mengintai-intai dekat tingkap wad, asalkan dia boleh lihat kelibat isterinya walaupun sebelah mata kiri dah tak nampak.

“Mereka ini kalau dekat akan berg4duh-g4duh manja kalau jauh baru nanti rindu. Ramai tahu mereka ini memang sweet.

“Dulu sebelum C0v1d-19, atuk saya memang akan jaga nenek saya di wad kalau kena tahan, jadi sekarang mungkin sebab faktor usia juga, dia tak dibenarkan untuk jaga. Itu yang sanggup duduk tepi tingkat berjam-jam pun tak apa,” ujarnya sambil berseloroh.

Dalam pada itu, Munirah dan pihak keluarga sangat gembira apabila melihat respon positif dan doa-doa yang tidak putus dalam kalangan netizen.

Dia yang telah berkahwin pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Qays Mikael, 4 dan Azkayra Mikayla yang kini berusia tujuh bulan berharap rumah tangganya akan menjadi seperti atuk dan neneknya hingga akhir nafas.

Munirah berharap perkongsiannya ini bukan untuk mendapat simpati sesiapa tetapi mencontohi cinta seperti mereka ini sampai hujung nafas.

Sumber mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini