Artifak Logam Berusia Ribuan Tahun, Ada Yang Kaitkan Dengan UFO
Pada tahun 1974, sekumpulan penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Arkeologi Romania telah melakukan ekskavasi di bandar Aiud, Romania untuk mencari f0sil gajah mastodon.
Lokasi cari gali ini dilakukan di pinggir sungai Mures, kira-kira satu kilometer dari pusat bandar Aiud. Kawasan ini dipercayai telah menjadi habitat terakhir gajah mastodon pada kira-kira 15,000 tahun dahulu sebelum ia pupµs secara total dari muka bumi ini.
Pada kedalaman 10 meter, pasukan penyelidik itu telah menemui dua f0sil tulang gajah mastodon dan satu artifak aneh yang diperbuat daripada logam.
Persoalan mengenai haiwan bergading panjang ini terjawab dengan penemuan dua f0sil tulang di sekitar tapak ekskavasi itu. Namun, timbul persoalan baru di kalangan saintis tentang objek aneh berbentuk seperti baji yang diperbuat daripada logam itu.
Artifak logam itu seberat lima paun dengan ukuran kira-kira 7.8 inci panjang, 4.9 inci lebar dengan ketebalan 2.8 ici.
Berdasarkan kepada bentuk fizikalnya, objek ini bukan f0sil dan ia dipercayai tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan dua tulang gajah mastodon yang ditemui sebelum itu. Malah, bentuknya nampak seperti rekaan tangan telah menolak kemungkinan ia juga objek yang terbentuk secara geologi.
Artifak itu kemudian dibawa ke Institut Arkeologi Cluj-Napoca untuk dianalisis. Dr. Niederkorn selaku pengarah di institut berkenaan mendapati, objek tersebut telah terbentuk daripada kombinasi 12 jenis logam.
Komposisi utamanya terdiri daripada aluminium sebanyak 89 peratus. Manakala selebihnya ialah kombinasi logam bumi seperti silikon, kadmium, nikel, kobalt, zink dan beberapa logam lain.
Pengkaji semakin hairan kerana aluminium padu bukanlah sejenis logam semula jadi di bumi. Malah, berdasarkan catatan sejarah, teknologi penghasilan logam seperti itu hanya berjaya diterokai oleh manusia sekitar abad ke-19, suatu jangka waktu yang jauh daripada usia sebenar objek berkenaan. Pembentukan logam seperti itu memerlukan tahap kepanasan yang tinggi iaitu lebih daripada 1,000 darjah Celcius.
Lapisan oksida tipis yang terdapat pada permukaan luarnya menunjukkan artifak tersebut berusia lebih daripada 500 tahun. Namun, lapisan geologi di mana ia ditemui menunjukkan bahawa objek berkenaan sudah tertanam 35 meter di dalam tanah kira-kira selama 20,000 tahun.
Kebanyakan saintis yang terlibat secara langsung dengan penemuan artifak itu percaya bahawa ia merupakan sebahagian daripada sebuah peralatan teknologi buatan manusia. Namun, saintis masih tidak dapat memastikan dengan jelas apa sebenarnya peralatan teknologi tersebut.
Selain itu, ada juga yang menganggap ia sebenarnya serpihan komponen dari pesawat zaman kun0. Malah, seorang jurutera kapal terbang tempatan pernah memeriksa objek berkenaan dan mengatakan ia hampir sama seperti penyambung komponen yang terdapat pada kaki satelit Viking. Berkemungkinan, ia terpisah daripada induk asalnya ketika melakukan pendaratan cemas di sekitar sungai Mures suatu ketika dahulu. Tidak kurang juga yang mengaitkan artifak ini dengan UFO.
Justeru, apa sebenarnya objek berkenaan? Adakah ia peralatan ciptaan manusia kuno yang mempunyai kemajuan dalam penghasilan logam sejak beribu tahun dahulu? Atau ia merupakan sebahagian daripada komponen pesawat pra-sejarah? Tiada jawapan tepat mampu menjelaskannya.
Walau apa sekalipun teorinya, analisa kimiawi yang dijalankan ke atas artifak itu masih belum mampu merungkai bagaimana sesuatu teknologi yang maju seperti itu boleh berada pada zaman yang terlalu jauh dengan arus kemodenan. Apatah lagi kandungannya yang terdiri daripada aluminium padu menambahkan persoalan kerana ia bukan logam asal yang terbentuk secara geologi di bumi.
Hampir 50 tahun setelah penemuannya, para saintis masih belum dapat menghuraikan misteri di sebalik artifak berkenaan. Artifak ini ditempatkan di Muzium Sejarah Cluj-Napoca, Romania untuk tatapan umum dan diklasifikasikan sebagai OOPART.
Sumber Infiniti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.
Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.