“Anak masih merah dah kena letak di rumah pengasuh” – Lelaki ini Nɛkad Keluar Dari ‘sistem’ dan Kembalikan Sistem Keluarga Islam
Dunia semakin mencabar, keadaan ekonomi dan kehidupan masa kini cukup sukar untuk membuat pertimbangan. Keluarga atau kerjaya.
Menurut perkongsian Shauqi Hasan, meletakkan anak-anak seusia dua bulan di rumah pengasuh tidak fitrah dan atas sebab itu dia nɛkad untuk keluar daripada ‘sistem’ dan kembalikan sistem keluarga Islam untuk isteri dan anak-anaknya.
“Kali terakhir saya gunakan khidmat pengasuh pada tahun 2013. Untuk dua orang anak masa tu RM450. Zafeerah umur 2 tahun dan Zhareef yang baru lepas pantang. Tengok pada yuran asuhan sekarang, saya mengurut dada panjang.
Antara sebab saya berada di RPWP hari ini adalah kerana isu pendidikan anak. Sampai bila nak diletakkan anak di rumah asuhan tanpa sentuhan ibu kandung sendiri dalam pendidikan awal anak-anak?
Umur 2 bulan, anak masih merah dah kena letak di rumah pengasuh. Pada pandangan saya ketika itu sebagai suami, ini tidak fitrah.
Dari situ saya mencari jalan bagaimana untuk kembali hidup di dalam sistem keluarga Islam yang sebenar. Fungsi suami, isteri sebagai ibu kandung dikembalikan peranannya. Hak anak untuk mendapat susu segar dari badan seorang ibu.
Bukan susu formula. Bukan susu dalam botol. Tapi kehangatan dakapan seorang ibu itu dapat anak rasai dari hari pertama dia lahir sampai menyapih.
Allah SWT perintahkan seorang ibu menyusukan anak sampai umur 2 tahun. Itu tanggungjawab dan amanah yang Allah SWT dah reka, cipta dan sesuai dengan fitrah seorang ibu. Tapi kita mengubah sistem Allah.
Ibu yang bekerjaya terpaksa dan tanpa rɛla menurut sistem manusia, anak sekecil dua tiga bulan diserahkan pada pengasuh dan penjaga kerana tɛrikat dengan sumber mata pencarian hidup iaitu kerja.
Kalau tak kerja tak ada duit.
Tak ada duit macam mana nak bagi makan anak-anak.
Dah ada duit habisnya ke pusat jagaan.
Pusing-pusing dok ke situlah sampailah anak tu membesar tanpa sedar kualiti masa dan pengaruh ibu kandung dalam pembentukan jati diri, sahsiah dan agama anak hilang.
7 tahun pertama anak dibentuk tangan asing. Pengasuh lebih kenal si anak berbanding Si Mak Bapak.
Tr4gis.
Duit habis.
Masa pun hilang.
Umur makin tua.
Anak pula membesar tak hargai pengorb4nan mak bapak.
Dah besar jadi cepat memberont4k dan ada yang sampai jadi mangsa rumahtangga yang rɛtak.
Rezeki saya dan isteri, kami dapat keluar sistem ini. Bangkit dan mandiri bersama RPWP untuk membina sustainable community. Biarlah kecil asalkan dapat selamat diri dan keluarga dari terjerat dalam sistem yang membunuh institusi keluarga Islam tanpa sedar.
Pelan-pelan kami ubah aturan hidup kami. Isteri saya dapat rezeki berhenti kerja dari firma perakaunan Deloitte Kassim Chan, seterusnya tumpukan diri menjadi isteri dan ibu sepenuh masa.
Bukan untuk anak-anak saya sahaja malah untuk seluruh warga asnaf dan anak yatim di RPWP. Mewakafkan diri sepenuh masa di sini sebagai murobbiah mengikut uswah isteri Nabi, Siti Khadijah yang mewakafkan harta dan diri demi membangunkan semula satu modul agama yang telah Rasulullah tunjukkan.
Semua itu mesti bermula dari sebuah institusi keluarga. Nukleus yang akan membentuk masyarakat dan seterusnya komuniti yang beragama. Dari situlah akan mencipta syurga dalam rumahtangga.
Selama ini…
Kita menyangka kita sudah berada dalam syurga.
Tapi semua itu hanyalah perhiasan dunia yang ditaja.
Dicipta manusia yang membawa misi dan propaganda musvh agama. Mereka menguasai manusia dengan segala macam sistem penuh agenda.
Kita mungkin tak rasa apa-apa. Sebab inilah dunia kita. Dari zaman datuk nenek moyang kita beginilah kehidupan kita. Menghantar anak ke pengasuh itu adalah satu norma biasa.
Apa sahaja yang diajar di sekolah kita hanya telan belaka.
Segala apa yang disɛbar dalam suratkhabar dan media kita terima saja.
Hiburan dan segala macam keseronokan dijaja tanpa kita sekat dan periksa.
Akhirnya umat kita hidup dalam dunia arus perdana yang penuh dengan s4mpah maklumat yang sia-sia. Tak mampu jadi bangsa yang berfikir secara kritikal dan analatikal.
Hidup dalam dunia yang penuh angan-angan dan hanya melaksanakan agama secara ritu4l. Tanpa memahami maksud dan tujuan secara spiritu4l. Apetah lagi mendalami perintah Allah SWT secara aktual.
Itulah dunia hari ini.
Adakah kita hanya nak mengeluh saja. Tanpa ambil masa untuk muhasabah. Cari jalan keluar. Bɛbaskan diri dari riba. Selamatkan diri dan keluarga dari sistem ciptaan manusia. Menjadi bebas dari kalung ‘h4mba’ kepada kerja.
Niat kita setiap kali bangun pagi…
Aku bekerja kerana duit.
Atau sahaja aku bekerja kerana Allah.
Mal4ngnya ramai yang terpɛrangkap kerana duit.
Hanya pandangan peribadi. Moga Allah SWT mudahkan urusan dan rezeki buat kita semua.”
Sumber Shauqi Hasan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.