Alɛrgik Pada Kh1nzir, Membuka Peluang Untuk Mendalami & Peluk Agama Islam
Siapa sangka masalah alahan pada kulit akibat daging kh1nzir membuka peluang kepada Nur Shafiyyah Wong untuk mendalami dan memeluk agama Islam.
Dibesarkan dalam agama Krist1an, Nur Syafiyyah berkata pada waktu kecil dia sering mengalami sak1t perut, gatal dan bengkak pada kulit sekiranya memakan daging berkenaan.
Akibatnya, dia bukan sahaja tidak boleh menjamah daging kh1nzir, malah pinggan mangkuknya juga tidak boleh bercampur aduk dengan adik-beradik yang lain.
Menurutnya, pada waktu itu mend1ang bapanya berpesan agar dia memeluk Islam akibat masalah alahan yang teruk itu.
“Saya juga akan ses4k nafas kerana alergi. Saya memang tidak boleh kena langsung airnya (kh1nzir). Mak Su (makcik) saya cakap, betul cakap mend1ang ayah, awak bila dah besar nanti masuklah Islam,” katanya.
Ketika diwawancara, Nur Shafiyyah turut tidak dapat melindungi emosinya apabila terkenangkan mend1ang bapanya yang tidak sempat melihat dia memeluk Islam.
“Saya masih ingat ayah dengan nada serius suruh saya masuk Islam. Tapi saya sedih dia tak dapat tengok saya masuk Islam,” katanya menahan air mata.
Nur Shafiyyah atau namanya sebelum ini Wong Lee Sah berasal dari Sarawak dan mempunyai lima orang beradik yang kesemuanya dilahirkan dalam agama Kris1tian.
Namun selepas kem4tian kedua ibu bapanya, dia berpindah ke Pulau Pinang dan dibesarkan oleh ibu saudara yang beragama Buddh4.
Ketika meningkat dewasa, Nur Shafiyyah mula hidup berdikari dan bekerja sebagai tukang masak di beberapa buah restoran di ibu kota.
Setiap hari Nur Shafiyyah menjalani kehidupan seperti biasa namun apabila terdengar bunyi azan, hatinya berasa girang sehingga mula jatuh cinta dengan agama Islam.
Tarikh 29 Febuari 2012 merupakan detik yang bersejarah dan tidak dapat dilupakan Nur Syafiyyah apabila bermula kehidupan baru sebagai seorang Muslim pada usia 35 tahun.
“Niat saya masuk Islam kerana Allah SWT. Setiap hari saya dengar azan, saya rasa sayu je. Bila azan subuh lagi sayu.
“Bila saya bangun tidur, saya menitik air mata, saya terharu selepas itu saya tekad. Ya Allah, mungkin dah sampai hidayah buat saya.
KELUARGA TERIMA DENGAN HATI TERBUKA.
“Keesokan harinya, saya memberitahu abang angkat, dan dia bawa saya ke Perkim di Jalan Ipoh untuk lafaz shahadah,” katanya ditemui ketika mengikuti Kelas Fardu Ain Anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Bukit Indah Ampang.
Wanita berusia 42 tahun itu berkata beliau bersyukur, walaupun menukar agama, namun keluarganya dapat menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
“Keluarga saya kata, agama apa pun baik. Janji awak bahagia. Kita adik beradik tak marah dan kakak juga berpesan supaya jaga diri,” katanya.
Nur Shafiyyah yang belum berkahwin berkata, antara cabaran terbesar selepas memeluk agama Islam adalah sukar mendapatkan bantuan daripada pihak berwajib.
“Saya susah dapatkan bantuan, selepas setahun dua, kita mohon kembali untuk minta bantuan bayar sewa rumah, alhamdulillah zakat bantu,” katanya.
Beliau yang sudah 10 tahun menganut Islam kini belajar agama di Masjid Bukit Indah kelolaan Jawi tiga kali seminggu dari Isnin hingga Rabu.
Malah, dia kini sudah mampu membaca al-Quran dengan baik.
“Alhamdulillah. Saya bersyukur hidup saya sekarang ni. Saya juga rasa diri saya sempurna dalam Islam,” katanya.
NAMA ISLAM AKU TAY ENG SOON.
Hidayah Allah kepada umatnya datang dalam pelbagai bentuk.
Bagi seorang pemuda berusia 32 tahun kelahiran Kuala Lumpur, jendela imannya dikuak ketika mula-mula masuk ke gerbang institusi pengajian tinggi.
Tay Eng Soon mengakui hatinya diketuk untuk mempelajari Islam pada usia 18 tahun apabila melihat rakan Melayu di tempat pengajiannya berpuasa di bulan Ramadan kira-kira 14 tahun lalu.
“Saya mula bertanya kepada diri saya kenapa orang Islam berpuasa dan kenapa perlu puasa. Mereka (rakan saya) cerita mengenai berpuasa dan selepas itu saya minat untuk cuba berpuasa dan ikut rakan-rakan berpuasa.
“Saya tanya mereka juga tentang Islam, kenapa perlu solat, ketika itu rakan-rakan saya sudi jawab soalan saya dan cerita tentang Islam, tentang nabi-nabi,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini baru-baru ini.
Ketika ditemui, Tay sedang mengikuti Kelas Fardu Ain Anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Bukit Indah Ampang.
KAHWINI GADIS MELAYU.
Tay mengambil masa selama lebih tujuh tahun untuk mendalami Islam sehingga hatinya sendiri mengakui bahawa Allah merupakan tuhan yang esa.
Namun, beliau tidak tahu bilakah masa sesuai untuknya memeluk agama itu sehinggalah seorang ustaz bertanya kepadanya.
Akhirnya dorongan itu menjadi bertambah kuat apabila hatinya terpaut dengan seorang gadis Melayu.
“Isteri saya Melayu, jadi kalau nak kahwin orang Islam, kena masuk Islam.
“Tapi masa tu pun saya ragu-ragu lagi sebab saya tahu keluarga saya tidak akan suka, akhirnya ibu mentua saya tanya, jika mahu teruskan perkahwinan saya memang kena masuk Islam.
“Jadi saya cakap dalam diri saya, inilah masanya untuk saya teruskan perjalanan hidup dan menjadi seorang Islam, saya lafazkan syahadah pada Julai 2012, sebelum Ramadan,” katanya terharu.
Namun di sebalik kegembiraannya, Tay berhadapan halangan keluarga yang tidak merestui tindakannya memeluk Islam.
Ibu kepada Tay yang terguris dengan tindakannya pernah mahu menggadaikan semua harta benda asalkan anak lelaki sulungnya itu kembali ke agama asal.
“Bila keluarga saya dapat tahu, mak saya menangis, meraung. Ayah saya marah kerana saya tidak berbincang. Tapi saya tahu kalau saya bagitahu dan bincang, saya tidak akan dapat masuk Islam,” katanya.
Menurut Tay, antara kebimbangan terbesar ibu bapanya jika mereka meninggal dunia kelak, tiada siapa akan melakukan upacara ritual kematian memandangkan dia merupakan anak sulung.
TAK TUKAR NAMA MELAYU.
Tay berkata, dia tidak menukar namanya selepas memeluk Islam antara lain kerana mahu menjaga hati orang tuanya yang beranggapan “masuk Islam seperti masuk Melayu”.
“Ya. Saya boleh cakap begitu. Reaksi ibu bapa saya, habislah saya akan jadi orang Melayu, sampai sekarang pun macam tu. (Tapi) semuanya perlu masa,” katanya.
Ditanya bagaimana merayakan sambutan Tahun Baru Cina, Tay berkata pada tahun pertama agak kekok kerana makan di meja berasingan.
“Mula-mula rasa kekok, sekarang saya dah ok,” katanya.
Ketika Ramadan menjelma saban tahun, Tay berkata, inilah kegembiraan paling nyata yang dicari selama ini.
Beliau juga berharap reda Allah memayungi perjalanan kehidupannya.
Sumber MalaysiaKIni.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihärämkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.