“Aku nampak seseorang yang serupa dengan arw4h datuk sedang duduk bertinggung di atas anak tangga” – Aku Tertanya-Tanya Juga, Apa Jadi Dengan Botol Yang Berisi ‘belaan’ Arw4h Datuk

Orang zaman dulu sering diceritakan ada ‘belaan’ sama ada digunakan untuk membantu pekerjaan harian, menjaga rumah atau untuk tujuan perµbatan. Salah satunya hantµ raya.

Ini kisah yang berlaku dalam keluarga aku sendiri, bagaimana keluarga aku diganggµ setelah arw4h datuk aku meningg4l.

Cerita ini dah lama, sekitar hujung tahun 90-an. Ketika itu aku masih remaja, berusia dalam 20 tahun. Ia bermula setelah arw4h datuk aku (sebelah bapa) meningg4l dunia.

Sebelum itu aku ceritakan serba sedikit latar belakang datuk aku yang tinggal di sebuah daerah di Perak. Datuk aku ni semasa hidup dulu boleh dikatakan bomoh terkenal juga. Ramai orang datang berubat dengannya.

Apa yang aku pernah nampak dulu, datuk aku mengubat dengan membaca pelbagai mantera dan jampi serapah. Ada ketikanya dia akan berselubung dengan sehelai kain hitam di hadapan pes4kit dan berinteraksi dengan ‘seseorang’ dalam bahasa yang sµkar difahami.

Masa kecik-kecik dulu aku pernah bertanya pada datuk, dia bercakap dengan siapa semasa merawat orang, sebab suaranya turut berubah. Datuk kata yang bercakap itu adalah ‘orang’ perantaraannya.

Datuk pernah beritahu, keluarga kami keturunan Raja Tanding yang berasal dari kepulauan Jawa, dan ‘merekalah’ yang sentiasa menjaga keturunan kami.

Selalu juga aku nampak bila bulan mengambang penuh, datuk akan pergi ke busut jantan di belakang rumah sambil membawa pulut kuning, telur rebus dan memalu gendang.

Sama seperti manusia biasa, datuk aku jatµh s4kit dan akhirnya dijemput Ilahi pada usia 82 tahun.

Selepas datuk dikebµmikan, selesai bacaan tahlil, tiga orang anak datuk (termasuk ayah aku) berbincang tentang barang-barang peninggalan arw4h, terutamanya barang-barang keramat yang sering digunakan dalam perubatannya. Mereka buat keputusan untuk bµang semua peralatan arw4h di sungai Kampar, pada hari ketiga selepas datuk dikebµmikan.

Aku pun ikut mereka malam itu untuk buang barang-barang tersebut ke sungai. Aku ingat lagi masa tu lebih kurang pukul 1.00 pagi. Pak Long aku masa tu nak bµang sebiji takar kecil sebesar penumbµk ke dalam sungai. Tapi belum sempat dia nak buang, tiba-tiba saja takar itu pecah di tangannya dan keluarkan kepulan asap hitam.

Memang pelik tapi ayah dan adik beradiknya tak cakap banyak. Mereka hanya diam dan terus bµang barang-barang tu ke laut.

Sejak malam kami buang barang-barang arw4h tu, macam-macam ganggµan pelik berlaku di rumah nenek. Tengah malam terdengar bunyi kuat di atas bumbung rumah. Bunyi seperti zink dipijak dan dicak4r jelas kedengaran. Ibu saudara aku dan anak-anak mereka sampai berpelukan sebab ketakutan.

Nenek aku pulak selamba beritahu, bunyi yang kami dengar tu adalah hantµ raya belaan arw4h datuk. Masa tu nenek bertanyakan pada kami tentang takar kecil kepunyaan datuk.

Tergagap-gagap Pak Long beritahu yang takar itu sudah pecah dan serpihannya telah dibµang di Sungai Kampar. Nenek terkejµt. Wajahnya bertukar pucat.

Hampir seminggu berlarutan rumah arw4h datuk diganggµ. Bukan itu saja, beberapa orang penduduk kampung juga mula bercerita kononnya mereka ternampak kelibat seperti arw4h datuk merayau-rayau di sekitar kampung.

Ada sekali tu, aku datang ke rumah datuk sebab nak temankan nenek yang tinggal seorang diri. Masa motorsikal aku masuk ke halaman rumah, aku nampak seseorang yang serupa dengan arw4h datuk sedang duduk bertinggung di atas anak tangga. Punyalah aku terkejµt masa tu sampai aku gagal kawal motor dan terbab4s langg4r pokok betik di halaman rumah.

Lepas aku nampak tu, seorang demi seorang ahli keluarga kami termasuk pak cik dan mak cik aku, semua terserempak dengan jelmaan arw4h datuk. Mak Ngah aku cerita, makhluk tu siap masuk ke dalam rumah sambil makan di dapur.

Mak Long aku pula beritahu jelmaan tu akan muncul hampir setiap hari di rumahnya, terutamanya ketika senja. Walaupun makhluk itu tidak mengganggµ mereka, tapi dah cukup menakµtkan mereka anak beranak. Mahu tidak, nampak orang yang dah m4ti berkeliaran begitu, memang ser4m lah!

Pak Long ada cerita ‘belaan’ arw4h datuk mahu ‘penjaga’ baru. Tapi tiada siapa pun waris keturunan arw4h datuk yang mahu terima. Gila ke? Siapa yang sanggup bela hantµ raya pada zaman moden?

Ramai juga bom0h dan paw4ng kami panggil untuk atasi masalah gangguan tu, tapi keadaan macam tu juga, malah ramai yang mengalah dan berhenti sekerat jalan, sehinggalah Pak Long minta bantuan Pawang Hussin. Dia ni kira orang handal juga lah tapi dari daerah lain.

Rasanya lebih kurang dua bulan selepas datuk meningg4l, malam Jumaat Paw4ng Hussin datang ke rumah nenek dengan membawa beberapa peralatan untuk melakukan upacara perubatannya. Aku pun ada sekali masa tu.

Setelah mengambil wuduk, Pawang Hussin bersila di ruang tamu berdekatan dengan tiang seri. Dia keluarkan Yassin dan membacanya. Kami semua turut ikut membaca Yasin bersama-sama.

Selepas itu, Pawang Hussin mula berwirid. Tak lama kemudian tiba-tiba dengar bunyi… Dummmmmm!!

Kuat betul bunyi tu, seolah-olah seketul batu besar jatµh di atas bumbung rumah.

Kemudian terdengar pula bunyi aneh seolah-olah ranting kayu sedang dipatah-patahkan di sekeliling rumah. Lepas itu timbul pula bunyi bumbung dipijak-pijak seperti ada seseorang yang sedang berlari dan berjalan di atasnya.

Ada la beberapa gerakan Pawang Hussin buat sebelum akhirnya dia menepuk lantai beberapa kali. Ketika itulah kami nampak segumpal asap hitam bergulung-gulung dari atas bumbung terus masuk ke dalam botol yang berada di depan Paw4ng Hussin.

Tak sempat kami tengok apa isi botol tu, Paw4ng Hussin pantas capai botol tersebut dan menutupnya dengan gabus sebelum dibungkus dengan sehelai kain kuning.

Lepas itu, Pawang Hussin beritahu kami, jangan risau selepas ini takkan ada lagi ‘belaan’ arw4h yang akan mengganggu keluarga kami.

Masa itu pak cik dan ayah aku ada juga minta kebenaran nak lihat isi dalam botol tu, tapi Pawang Hussin tak bagi.

Memang betul apa yang P4wang Hussin beritahu, sejak hari itu tiada lagi ganggµan aneh atau kelibat arw4h datuk muncul lagi.

Cuma aku kadangkala tertanya-tanya juga, apa jadi dengan botol yang berisi ‘belaan’ arwah datuk aku itu? Memang botol tu Pawang Hussin bawa pulang. Adakah dia sudah membuangnya, atau dia menyimpan botol itu?

#Gambar Sekadar Hiasan.

Sumber Hisham dari Ipoh, Perak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.