“Air laut sedang surut, sedangkan sekarang ni matahari tengah tɛrik. Kesian haiwan-haiwan ni” – Pesan Si Tua Untuk Si Muda

Suatu ketika dahulu, ketika sedang terlantar s4kit dan diberitahu oleh doktor bahawa hayatnya sudah suntuk benar, seorang lelaki tua memanggil dua orang anaknya.

Dia berpesan kepada kedua-dua anak lelakinya itu supaya menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkannya nanti dengan baik.

“Anak-anak ayah… bila ayah sudah tiada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. Pertama, jangan sekali-kali men4gih hutang pada orang yang berhutang dengan kamu.

Kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai, jangan sekali-kali kamu benarkan dirimu terkena cahaya matahari. Amalkan pesanan ayah ini, nanti perniagaan kamu akan berjaya,” pesan lelaki tua itu.

Tidak lama kemudian, lelaki tua itu pun menghɛmbuskan nafasnya yang terakhir. Selepas lelaki tua itu meningg4l dunia, perniagaan dan kedai-kedai yang ditinggalkannya diuruskan oleh dua anak lelaki tadi. Kedua-dua beradik berkenaan menuruti pesanan yang ditinggalkan oleh arw4h ayah mereka.

Anɛhnya selepas setahun, perniagaan anak yang bongsu j4tuh merudum. Sebaliknya, perniagaan yang diuruskan oleh si abang pula bertambah besar dan maju.

Suatu petang, si ibu berjumpa dengan kedua-dua anak lelakinya tadi. Dia bertanya, apa terjadi pada perniagaan mereka. Si adik terus mengɛluh dan memberitahu, kini dia hampir bankr4p.

“Apa yang kamu buat? Kamu ikut tak pesanan arw4h ayah kamu?” tanya si ibu.

“Ikut, mak. Saya tidak pernah men4gih hutang dari mereka yang berhutang dengan saya. Tapi masalahnya mereka tak bayar pun hutang-hutang mereka. Hutang itu sudah terlalu banyak sampai saya kehabisan modal.

“Untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari, setiap hari juga saya terpaksa keluarkan duit tambahan bagi membayar tambang beca untuk ke kedai. Mak, sekarang duit saya dah tak ada lagi, saya kena tutup perniagaan,” kata si adik.

Si ibu berpaling pula ke arah anak sulungnya. Dia bertanya, bagaimana perniagaannya boleh bertambah maju dan besar.

Jawab si abang, “Bila ayah kata jangan t4gih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan saya mesti dibayar dengan tunai. Tidak boleh hutang. Hasilnya, modal saya bertambah dan perniagaan saya berjalan lancar.

“Kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri kita kena cahaya matahari semasa pergi dan balik dari tempat kerja, maka saya pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang bila matahari terbenam.

“Ayah memang bijak, pelanggan saya semakin hari semakin bertambah sebab kedai saya dibuka paling awal dan ditutup paling lewat.” Si ibu tersenyum. Ternyata anak sulungnya itu dapat membaca maksud di sebalik pesanan yang ditinggalkan oleh arw4h ayahnya dulu.

Pembaca sekalian, orang tua adalah orang yang tinggi akalnya. Mereka tahu asam garam dunia dan sering menguji kita dengan cara yang tidak kita duga. Tetapi orang muda sering melihat pesanan orang tua pada satu lapis permukaan saja. Orang muda yang berjaya adalah mereka yang mendengar nasihat orang tua dan bijak membaca ketinggian akal mereka.

*****

Ketika matahari sedang memancar tɛrik di atas kepala, dari jauh seorang anak muda melihat ada seorang lelaki tua sedang mundar-mandir sendirian di gigi pantai. Lelaki tua itu diperhatikannya mengutip sesuatu di pasir, kemudian memasukkannya dengan cermat ke dalam laut. Perkara itu dilakukan berulang-ulang kali, sambil berjalan perlahan-lahan menyusuri pantai.

Anak muda ini kemudian menghampiri lelaki tua berkenaan. Apa yang dilihatnya ialah lelaki tua itu sedang terkɛtar-kɛtar mengutip tapak sulaiman yang banyak terdampar di sepanjang pantai, kemudian memasukkannya seekor demi seekor ke dalam laut.

“Kenapa pak cik buat ni semua?” tanya anak muda itu.

“Air laut sedang surut, sedangkan sekarang ni matahari tengah tɛrik. Kesian haiwan-haiwan ni,” jawab lelaki tua itu sambil melepaskan seekor lagi tapak sulaiman ke dalam air.

“Tapi pak cik, pantai ni berkilometer panjangnya, pak cik takkan terdaya sampai ke penghujungnya. Tapak sulaiman ini pula terlalu banyak, bertaburan di sepanjang pantai. Apa yang pak cik buat ni takkan dapat mengubah apa-apa pun,” kata anak muda itu lagi.

Lelaki tua tersenyum. “Memang betul… tapi ia dapat mengubah nasib setiap ekor tapak sulaiman yang pak cik selamatkan ini.”

Pembaca sekalian, hati orang tua penuh dengan kasih sayang. Perasaan itu sangat halus, dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi insan atau sesuatu yang mereka kasihi. Tetapi orang muda tidak memahaminya dan sukar menyɛlaminya. Sebaliknya, orang muda sering lupa dan memperlɛcehkan pengorb4nan yang dilakukan oleh orang tua.

*****

Seorang lelaki tua yang tinggal seorang diri, ditegur oleh jirannya ketika dia sedang menanam sebatang pokok durian di tepi rumah kecilnya.

Kata jirannya yang muda serta kaya itu, “Pak cik, pokok durian yang pak cik tanam itu cuma boleh berbuah dalam tujuh atau lapan tahun lagi. Sekarang usia pak cik sudah lebih 80 tahun. Minta maaf cakap… saya rasa mungkin pak cik tak sempat nak rasa durian yang pak cik tanam tu.”

Jawab lelaki tua itu, “Memang betul, nak… mungkin pak cik takkan sempat merasa buah durian ni. Tapi sepanjang hidup pak cik, pak cik makan durian yang ditanam oleh orang lain.

Pak cik takkan dapat makan durian kalau mereka tak buat apa yang pak cik buat sekarang. Sekarang pak cik mahu membalas jasa mereka yang telah menanamkan pokok durian untuk pak cik nikmati buahnya.”

Sekali lagi, orang tua sentiasa mengenang jasa orang lain kepada mereka, walau sekecil mana pun jasa itu. Sebelum pergi, mereka akan berusaha untuk meninggalkan kebaikan supaya dapat dinikmati oleh orang yang akan ditinggalkan.

Orang muda pula, ada sebahagiannya sanggup berp4rang serta berbvnuh-buvuhan demi merɛbut harta yang ditinggalkan oleh arw4h orang tua mereka.

Sumber Pedoman Iktibar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.