“Adik ipar paling baik dan rajin” – Abang lpar Dedah Rider Maµt Dirempµh SUV Suka Bantu & Utamakan Keluarga
‘Adik ipar paling baik dan rajin.’ Demikian antara luahan abang ipar kepada penghantar makanan (rider) Allahy4rham Muhaimin Said, 34 yang maut dalam kemaIangan persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat baru-baru ini.
Lelaki berkenaan melalui laman sosiaI Tik0k meluahkan tentang kehilangan adik ipar yang baik dan sering mendahulukan keluarga.
“Amin, banyak hendak cerita fasal kamu. Adik ipar yang paling baik, rajin dan tidak kedekut bantu orang susah. Selalu utamakan keluarga,” titipnya.
Baru-baru ini rakaman kemalangan melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira tular di laman sosiaI.
Kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang, 23 September itu terjadi apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan menyebabkan peIanggaran.
Akibat dari peIanggaran itu, kedua-dua Nissan X-Trail telah terbabas lalu merempµh dua motosikal termasuk yang ditunggang Muhaimin dan sebuah kereta jenis Proton Wira.
Susulan rempuhan yang kuat, Muhaimin meninggaI dunia di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal mengalami keceder4an par4h.
BARU 2 MINGGU BERUMAH TANGGA.
Pemergian lelaki berkenaan menyayat hati apabila beliau dikatakan baharu sahaja mendirikan rumah tangga dua minggu lalu. Kisah menyentuh hati itu dikongsikan sepupu Allahy4rham, Emma Aynor.
“Angah tidak dapat bersama masa hari Amin nikah. Rupanya memang tiada rezeki untuk jumpa Amin lagi Baru nikah 9 September 2022, hari ini Amin sudah (dijemput) balik.
“Takziah buat seluruh keluarga. Semoga r0hnya ditempatkan dalam kalangan bersama hamba-hamba-NYA yang terpilih,” titip Emma.
LAUTAN MANUSIA HADIRI PENGEBUMlAN.
Dalam pada itu, badan sukarela pengurusan jen4zah Islam, Mr Wan Cai Official berkongsi foto sekitar pengebumian Allahy4rham.
Proses pengebumian di tanah perkµburan Islam Rantau Panjang Klang, Klang Selangor itu telah dihadiri ramai.
“Alhamdulillah pihak UKVJ sudah mengotakan janji membantu pengurusan jenazah abang Rider Gr4b. Jenazah AIIahyarham Muhaimin Said, 34 tahun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Rantau Panjang Klang.
“Terima kasih kepada pihak kariah yang turut sama membantu. Kelihatan lautan manusia membanjiri tanah perkuburan sewaktu jenazah hendak dikebumikan. Masya-Allah.
“Kebaikan yang dilakukan Allahy4rham semasa hidup terlihat di hari pengakhirannya. Masya-Allah,” titipnya.
SEORANG ANAK DAN SUAMI YANG BAIK.
Selain itu, sepupu, Emma Aynor menyifatkan Muhaimin anak dan suami yang baik.
“MasyaAllah Tabarakallah. Pemergian Muhaimin Said sangat menyentuh hati netizen. Bermacam-macam teks daripada masuk diterima di Faceb00k Mesenger Angah. Pelbagai rezeki Allah hantar selepas Amin di jemput-NYA.
“Amin anak yang baik, suami yang baik. Pengakhiran Amin sangat baik menyebabkan perasaan orang-orang di luar sana tersentuh.
“Itulah rezeki Amin yang Allah sudah atur. Allah tunjukkan kepada kami yang masih tinggal di sini bukti kebesaran atas takdir hamba-NYA. Kamu bukan sesiapa dik, bukan artis mahupun orang popular. Tetapi ALLAH angkat darjat, semoga syurga terindah buatmu,” kongsinya.
Menerusi FB, Emma Aynor turut menyifatkan turut menzahirkan penghargaan buat warga maya yang sangat prihatin atas ujian yang menimpa sepupunya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, kedua-dua pemandu SUV terbabit kemalangan yang berusia 20 dan 24 tahun terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Difahamkan, derma kiIat bagi meringankan beban keluarga kedua-dua m4ngsa berjaya mengumpul RM97,000 (setakat jam 5 petang Sabtu).
Sumber FB Emma Aynor
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.
Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.