Adik Esha Tanggung 4 Peny4kit Kritik4l – Tidak Mampu berjalan Normal Disebabkan Kaki Bengk0k Buat Ramai Seb4k
Kata Roziana Mohd Amin, melihat wajah sayu anak bongsunya yang diuji dengan pelbagai peny4kit kritikal sejak dilahirkan membuat dirinya sentiasa diselubungi kesedihan.
Menurut Roziana, anak beliau, Alesha Lezarah Mohd Salleh atau manja dipanggil Esha bukan sahaja diuji dengan peny4kit jantµng berlµbang, malah si kecil yang berusia tiga tahun itu mengalami masalah saluran pernafasan, darah dan saraf sempit.
Esha juga tidak mampu berjalan dengan baik ekoran kakinya yang bengkok disebabkan masalah tµlang belakang yang diderit4inya.
Ibu tabah berusia 36 tahun itu memberitahu, Esha terpaksa memakai kasut khas untuk membantu membetulkan tulang kaki. Beliau juga wajib menjalani pemeriksaan susulan untuk tulang belakangnya.
“Sekarang ini, kami berulang-alik dari Benut ke Johor Bahru, Johor untuk rawatan setiap bulan. Doktor pun cakap kaki Esha tidak boleh sembµh sepenuhnya walaupun dibed4h.
“Justeru, kami hanya fokus untuk terapi khas bagi membantu merangsang saraf pada bahagian kaki,” kata wanita itu yang menetap di Kampung Nelayan Benut, Pontian.
Mengimbas semula sejarah kehamilan, Roziana sebenarnya hanya menyedari sudah berbadan dua ketika usia kandungan mencecah lima bulan.
Ketika itu, beliau langsung tidak menyangka diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Namun demikian, kegembiraan itu terganggµ seketika apabila doktor memaklumkan risiko yang bakal ditangguµg oleh si comel.
“Saat itu, saya mengalami masalah kenc1ng manis sehingga terpaksa menerima sµntikan insulin dan pada masa sama, ada dar4h tinggi.
“Terus terang saya katakan yang diri ini sayang mahu melepaskan rezeki Allah walaupun doktor sudah nasihat untuk tidak meneruskan kandungan. Walau apa pun terjadi, saya reda dan terima seadanya keadaan Esha,” ceritanya yang selamat melahirkan puteri bongsu kesayangan secara pembed4han pada usia 36 minggu.
Seperti diramal, keadaan kaki Esha membengk0k seolah-olah sedang bersila, selain mengalami masalah pernafasan yang kritik4l.
Sejak detik itu, bermulalah episod perjalanan Esha berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan sebelum menjalani pembed4han jantµng pertama pada usia lapan bulan.
“Saya sama sekali tak pernah menyalahkan takdir, malahan setiap hari saya titipkan doa supaya puteri saya dapat pulih sepenuhnya.
“Sekarang ini pun, selagi kudrat masih ada, saya akan berusaha untuk memastikan keperluan perubatannya dapat diteruskan,” katanya yang menunggu janji temu pada bulan ini untuk pemeriksaan susulan.
TIGA LAGI ANAK S4KIT.
Berkongsi perkembangan terkini Esha yang kini sudah berusia tiga tahun, wanita cekal itu memaklumkan, anaknya perlu dipantau setiap jam supaya tidak terlalu aktif terutama ketika bermain kerana bimbang jantµngnya bermasalah.
“Kalau dia tercungap-cungap, saya sudah panik dan minta dia rehat atau tidur. Sebab apa? Doktor maklum jika mµntah-mµntah atau susah bernafas, Esha perlu segera dikejarkan ke hospital.
“Lagi satu, saluran sarafnya juga tidak normal seiring perkembangan tumbesarannya. Walaupun boleh berjalan menggunakan tepi kaki, namun hati saya tak pernah tenang kerana risiko lumpµh itu tetap ada,“ tuturnya dengan nada sayu.
Sebenarnya tidak hanya Esha, tetapi tiga lagi anaknya turut diuji peny4kit saw4n sejak kecil. Saat bercerita tentang hal itu, Roziana cuba menahan tangisan.
Katanya, cahaya mata beliau, Aliyah Maisara, 18; Aliyah Syahirah, 16; dan Mohd Khairul Amin, 8, memerlukan bantuan ub4t berterusan bagi mengelakkan kr1sis kesihatan yang lebih teruk lagi.
Apabila itu semua berlaku, semestinya bajet yang banyak perlu disediakan.
Pekerjaan suami beliau, Mohd Salleh Mustari, 46, sebagai nelayan memang menyµkarkan keluarga tersebut untuk memberi yang terbaik untuk kesemua anak.
Bukan mahu meminta simpati, Roziana berkata, itulah hakikat kehidupannya. Namun, wanita itu percaya dengan rezeki anak-anak.
“Mungkin orang lain tidak melihat apa yang kami tanggung dan pendam selama ini, tetapi begitu mudah menabur tohmahan. Apa-apa pun, saya kuatkan semangat demi anak-anak.
“Selain bergantung dengan bantuan bulanan untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang, duit selebihnya saya simpan untuk kos ulang-alik ke hospital.
“Memang tidak cukup kalau dicongak semuanya, namun semua pasti ada jalannya,“ katanya yang sentiasa kekal positif.
Sumber Kisah Masyarakat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.