Adakah Benar Umrah Sebanyak 7 Kali Sama Seperti Menunaikan Ibadah Haji – Ikuti Penjelasan Dari Agamawan

Apabila kita berbicara tentang umrah dan haji, pastinya perkara ini menggamit perasaan rindu kita kepada kota Mekah yang terletak di dalamnya al-Masjid al-Haram. Hati orang yang beriman pasti akan teruja untuk mengagungkan syiar-syiar Islam yang mengandungi kebesaran Allah SWT. Inilah apa yang Allah SWT rakamkan dalam surah al-Haj: 32,

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.”

Namun, di dalam usaha untuk mengagungkan syiar-syiar agama Allah SWT, ada sahaja orang yang tersilap dan tergelinc1r. Bukan kerana sengaja, tetapi kerana kekµrangan ilmu pengetahuan. Justeru, amatlah penting untuk kita sebagai umat Islam untuk memastikan segala usaha mengagungkan syiar-syiar Allah SWT sentiasa menepati petunjuk al-Quran dan al-Hadis.

Persoalan keluar dari tanah haram Mekah ke tanah halal, iaitu Tan’im mahupun Ji’ranah untuk melakukan umrah dapatlah dibahaskan menurut beberapa sudut.

Sudut pertama ialah sudut dalil. Dalil utama yang diperbahaskan dalam perbincangan ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Muslim dan lain-lain bahawa Aisyah R.A melaksanakan umrah selepas selesai melaksanakan haji.

Ringkasan hadis-hadis itu ialah Aisyah R.A h4id lalu Rasulullah SAW mengarahkannya untuk melaksanakan haji Qiran yang merangkumi umrah dan haji. Apabila Rasulullah SAW dan para sahabat R.A berangkat pulang ke Madinah, Aisyah mengadu kepada Baginda bagaimana orang ramai pulang dengan dua nusuk iaitu umrah dan haji sedangkan beliau pulang dengan satu nusuk sahaja iaitu haji.

Lalu Rasulullah SAW mengarahkan Abdul Rahman bin Abi Bakr R.A untuk membawa kakaknya Aisyah R.A ke Tan’im untuk berihram bagi melakukan umrah.

Sudut kedua ialah sudut pendalilan. Berdasarkan dalil ini, timbul satu persoalan iaitu adakah disyariatkan mengulangi umrah dari satu pengembaraan. Ertinya jika seorang itu datang dari luar Mekah, seperti dari Madinah atau dari Malaysia, apabila tiba di Mekah dia akan melaksanakan umrah. Persoalannya, selepas selesai umrah, adakah disyariatkan baginya untuk pergi ke tanah halal iaitu Tan’im atau Ji’ranah untuk melakukan satu lagi umrah?

Di dalam persoalan ini, sebahagian para ulama membenarkan untuknya melakukan umrah kedua, ketiga dan seterusnya. Antara hujah mereka ialah hadis tadi merupakan izin daripada Rasulullah SAW untuk orang yang berada di tanah haram iaitu Mekah untuk keluar ke tanah halal iaitu Tan’im atau Ji’ranah bagi melakukan umrah.

Sebahagian ulama pula mengatakan bahawa perbuatan ini satu perbuatan yang sesuai dilakukan oleh orang yang mempunyai keadaan yang serupa dengan Aisyah R.A sahaja. Antara hujah mereka ialah di dalam hadis tadi, Abdul Rahman r.a. mengiringi kakaknya Aisyah R.A ke Tan’im. Namun Abdul Rahman tidak melaksanakan umrah. Ini menunjukkan perkara ini hanya sesuai untuk orang yang berada di dalam situasi seperti Aisyah R.A.

Sudut ketiga ialah sudut keutamaan. Apabila difokuskan perbincangan kepada sudut keutamaan atau afdal, bolehlah dirumuskan, para ulama sepakat mengatakan bahawa antara mengulangi umrah dengan melakukan tawaf, melakukan tawaf adalah lebih utama atau lebih afdal.

Ini kerana tujuan utama dilakukan umrah adalah tawaf. Dengan itu, tempoh sejam atau dua yang digunakan untuk memperbanyakkan tawaf lebih utama dari digunakan untuk melaksanakan umrah ulangan.

Tawus bin Kaisan, seorang ulama Tabi’in berkata, “Mereka yang melakukan umrah dari Tan’im, saya tidak tahu apakah mereka akan mendapat pahala atau mendapat azab.” Beliau ditanya, “Kenapa pula mereka diazab?” Beliau menjawab, “Kerana dia meninggalkan tawaf mengelilingi Kaabah dan keluar sejauh empat batu kemudian pulang kembali. Tempoh yang digunakan untuk pulang dari empat batu itu dapat dia manfaatkan dengan 200 tawaf. Setiap kali dia tawaf mengelilingi Kaabah itu adalah lebih afdal dari berjalan tanpa faedah.” Kenyataan ini boleh dilihat dalam kitab al-Mughni.

Sudut keempat ialah sudut kesilapan. Kesilapan yang dimaksudkan di sini ialah mengatakan bahawa umrah sebanyak tujuh kali itu bersamaan pahala satu haji. Kenyataan ini silap kerana tidak terdapat dalil yang sahih menerangkannya. Kemungkinan besar ini merupakan kata-kata orang awam ataupun kata-kata pemandu teksi di sana. Justeru, amatlah tidak wajar diwar-warkan kenyataan ini kerana ia tidak mempunyai sandaran yang sahih dalam al-Quran mahupun dalam hadis yang sahih.

TIDAK ADA DALIL YANG SAHIH.

Melihat hadis-hadis Nabi SAW, kita akan menjumpai ada dalil yang menjadikan umrah mendapat pahala haji. Hadis itu ialah sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya umrah di bulan Ramadan menyerupai haji bersamaku.” HR al-Bukhari

Justeru, bagi mereka yang berpeluang untuk melaksanakan umrah di bulan Ramadan janganlah disia-siakan kerana pahalanya amat besar.

Namun, apabila dicari hadis yang mengatakan bahawa umrah tujuh kali bersamaan dengan pahala satu haji, hadis ini tidak dijumpai. Justeru, kita dilarang menyebarkan kenyataan ini kerana ia adalah satu kenyataan yang tidak mempunyai dalil yang sahih.

Di dalam perbincangan fikah juga, tidak dijumpai sebarang riwayat yang menunjukkan Rasulullah SAW mahupun para sahabat menekankan angka tujuh dalam melakukan umrah agar dapat dikecap pahala satu haji. Dengan ini dapatlah dirumuskan, melaksanakan umrah itu amat mulia dan digalakkan mengulanginya dari masa ke semasa. Akan tetapi, tidak perlu diraikan bilangan tujuh kerana tiada dalil yang menekankan angka tujuh dalam melaksanakan umrah.

Di antara dalil yang menganjurkan umrah dan haji secara berulang ialah sabda Rasulullah SAW:

“Susulkanlah antara haji dan umrah kerana kedua-duanya menolak kefakiran dan dosa sepertimana dapµr api menolak kotoran besi, emas dan perak.” HR al-Tirmizi dan dihukum Hasan Sahih oleh al-Albani.

Juga hadis Nabi SAW:

“Satu umrah ke satu umrah yang lain akan menghapuskan dosa di antara kedua-duanya. Haji yang mabrur pula tidak mempunyai ganjaran kecuali syurga.” HR al-Bukhari & Muslim.

AMALAN PALING AFDAL.

Mekah satu tempat yang amat hebat di sisi Allah SAW. Allah SAW telah menjadikan Mekah tanah haram. Erti tanah haram ialah ia diberi penghormatan dan keistimewaan dari pelbagai sudut. Antaranya ialah solat di Masjidilharam bersamaan dengan seratus ribµ solat di masjid lain.

Amalan terbaik untuk dilakukan ialah memperbanyakkan tawaf. Setiap kali selesai tawaf, hendaklah dilakukan solat sunat tawaf sebanyak dua rakaat kerana Rasulullah SAW melakukan solat dua rakaat selepas selesai tawaf tujuh pusingan.

Kenyataan Tawus bin Kaisan rahimahullah sebentar tadi jelas menunjukkan amalan paling utama di Mekah umumnya, dan di Masjidilharam khususnya ialah tawaf. Manakan tidak, tawaf hanya boleh dibuat di Masjidilharam dan tidak boleh dibuat di mana-mana tempat lain di atas muka bumi ini.

SOLAT DI MASJID QUBA DAPAT PAHALA UMRAH.

Kebiasaannya, orang yang pergi melaksanakan umrah dan haji akan singgah juga ke Madinah. Di antara amalan yang disyariatkan semasa berada di Madinah ialah solat di Masjid Nabi SAW yang mana pahalanya ibarat seribu solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, menziarahi kubur Rasulullah SAW, dan juga melaksanakan solat di Masjid Quba’.

Berkenaan dengan pahala solat di Masjid Quba’, Nabi telah bersabda, “Solat di Masjid Quba’ pahalanya seperti satu umrah.” HR al-Tirmizi, dihukum sahih oleh al-Albani.

Rasulullah SAW juga sering pergi ke Masjid Quba’ dan solat, seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan dihukum sanadnya sahih oleh al-Albani.

Dengan ini dapatlah kita rumµskan, jika kita berada di Madinah, disyariatkan untuk kita mengunjungi Masjid Quba’ untuk solat di dalamnya. Pahala solat ini ibarat melakukan umrah.

Wallahu a’lam

Sumber Dr. Fadlan bin Mohd. Othman. Pensyarah Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.