“Ada anak-anak yang sanggup tahan bµang air kecil & besar” – Guru Ini Minta Ibu Bapa Ajar Anak 3 Langkah Penting

Alam persekolahan, penuh sµka dan dµka. Sebut sahaja tentang darjah satu, cukup sarat memori yang tersimpan dalam ingatan. Kes menangis di depan bilik darjah, terkenc1ng dalam seluar dan ada juga yang masih bawa botol susu. Bermacam-macam ragam dapat dilihat.

Perkongsian cikgu Asmadi Abdul Samad mengingatkan kembali kepada bagaimana tr4gisnya apabila mengenang kembali detik ingin membµang air di tandas. Sungguh mengharukan.

Dan nyata ia masalah yang masih membelenggu anak-anak yang baru memulakan sesi darjah satu. Kata Asmadi, tandas merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri.

Dia turut menasihati ibu bapa agar melatih anak-anak dengan tiga langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih.

Ikuti perkongsian menarik ini.

“Tenang semua. Ini bukan gambar kes jen4yah ya.

“Ini hanyalah salah satu gelagat anak-anak tahun 1 yang masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah.

“Selain bilik darjah, tandas juga merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri.

“Serius ni… Jangan pandang rendah pada cabaran di tandas.

“Jangan terkejµt kalau ada anak-anak yang sanggup tahan kenc1ng dan ber4k di sekolah sebab ada macam-macam halangan untuk mereka menggunakan tandas di sekolah.

“Kadang-kadang kat rumah semua tandas duduk, tapi kat sekolah semua nak kena cangkµng. Bila begitu maka timbullah pelbagai ‘isu teknikal’ seperti nak bukak seluar macam mana, nak kangk4ng tak lepas lah sebab seluar tersangkut dan macam-macam lagi.

“Pengalaman saya ada dikalangan anak-anak tahun 1 yang tak boleh mencangkµng. Bila mencangkung mesti terduduk ke belakang.

“Macam dalam gambar di atas ni memang kat rumah bila ke tandas caranya memang begitu. Tanggal habis seluar kat luar bilik air dan masuk ke tandas, jadi di sekolah pun macam tu lah dia buat. Ini kira bagus sebab sebab dalam tandas dah dia bukak. Awal-awal hari tu luar tandas tu dia berj0get tak pakai seluar.

“Isu kebersihan tandas pun satu hal juga. Al maklumlah kalau dah beratus orang kanak-kanak yang kadang-kadang tak berapa pandai menetapkan sasaran semasa membuang air kecil dan air besar berkongsi menggunakan tandas memang makcik cleaner pun ketar lutut nak mencuci dan mengemop setiap masa.

“Walaubagaimanapun.. Bak kata Papa Z0la, Jangan sµsah hati wahai ibubapa kebenaran.

“Anak-anak kita ni memang punya keupayaan semulajadi untuk menyesuaikan diri dengan baik. Dan itu juga satu proses yang membantu mereka membesar. Dengan sedikit bimbingan dari guru, masa akan membantu mereka menyesuaikan diri.

“Sedikit latihan di rumah mengenai penggunaan tandas juga boleh membantu mereka. Latih mereka dengan 3 langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih.

“Bantu mereka untuk memperbetulkan kedudukan seluar/kain semasa menggunakan tandas cangkµng atau duduk.

“Untuk murid lelaki ajar mereka berhati-hati dengan zip seluar. Untuk yang belum bersunat, lebih baik pakaikan seluar dalam sebagai langkah keselamatan. Pernah berlaku beberapa kali cikgu-cikgu lelaki terpaksa buat rescue team untuk bantu murid lelaki yang kemalµannya tersepit pada zip seluar. Musibah ni tuan-tuan.

“Wahai Ibu bapa kiriman tuhan,

“Teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket ingatan kita baik-baik. Bimbang nanti anak-anak tiru, kita juga yang sakit kepala.

Sumber Asmadi Abdul Samad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.