8 Tempat Bersejarah Yang Perlu Diketahui Bagi Seorang Muslim

Syukurlah, tahun ini Tanah Suci Mekah dan Madinah menerima tetamunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Biarpun jumlahnya jauh berkurangan, namun ia petanda yang baik berbanding tahun lalu.

Di bawah ini adalah maklumat ringkas tempat-tempat penting berkaitan ibadah haji dan umrah, yang perlu kita ketahui. Dengan mengetahui sejarah tempat-tempat ini, kita akan lebih memahami mengapa sesuatu amal serta rukun ibadah itu diturunkan.

KAABAH.

Tinggi Kaabah adalah kira-kira 13.10 m (42.98 kaki), dengan sisi selebar 11.03 m (36.19 ka) X 12.86 m (42.19 ka). Dindingnya setebal satu meter manakala lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. Siling dan bumbung Kaabah diperbuat daripada kayu, dindingnya pula diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat.

Terletak di tengah-tengah Masjidil Haram, di penjuru timur Kaabah terdapat Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf. Para akademik dan sejarawan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Nama lain bagi Kaabah ialah Baitullahilharam dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai dua pintu (Bab ul Kaabah) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu tersebut berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya juga.

Kini, hanya terdapat sebuah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah dua meter dan diperbuat dari emas tulen seberat 280 kilogram yang bernilai lebih 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayµ beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.

Bumbung Kaabah atau atap Kaabah, ialah suatu binaan konkrit yang terletak di atas Kaabah. Pada awalnya, Kaabah tidak memiliki bumbung, namun masyarakat Arab Quraisy yang menetap di sekitar Kota Mekah telah membina atap ini bagi mengelakkan ruangan dalamannya daripada panas dan basah.

Pada waktu ini, Kaabah memiliki dua lapisan atap (satu pada bahagian atas dan satu pada bahagian atas). Permukaan atas dilapisi dengan marmar putih dan dikelilingi dengan temb0k kecil yang menyatu pada dinding-dinding Kaabah.

Tembok itu berketinggian 80 sentimeter yang mampu menjadi bahan pautan kepada tali-tali Kiswah di bahagian atas (bahagian tali Kiswah bawah diikat pada Syazarwan). Di bahagian atas atap juga terdapat sebuah pintu yang berukuran 1.27 X 1.04 m. Pintu itu ditutup menggunakan papan yang diperbuat dari besi baja.

Pintu ini dihubungkan dengan Pintu Taubat yang berada di sebelah kanan dalam Kaabah melalui anak-anak tangga dalaman Kaabah. Pada kebiasaannya pada musim haji, para petugas Masjidil Haram dan para sukarelawan Mekah akan naik ke atas bumbung Kaabah bagi memasangkan Kiswah, membersih serta mencuci bahagian dalaman, luaran dan atas.

MADINAH.

Nama asal Madinah ialah Yatsrib. Ia memiliki 94 nama dan yang paling popular adalah Al-Madinah Al-Munawwarah, iaitu `kota yang disinari dan menyinari’. Di segi geografi, Madinah terletak 170 kilometer dari Laut Merah, 450 kilometer dari Mekah dan dari ibu negara Arab Saudi (Riyadh) ialah lebih kurang 1,000 kilometer. Nabi Muhammad SAW menjadikan kota ini sebagai tempat tinggal sejak tahun 622 Masihi hinggalah kewafatan baginda pada Isnin, 12 Rabiul awwal 11 Hijrah (7 Jun 632 M).

Madinah adalah kawasan yang dimulakan oleh Allah SWT.t. Ia juga dinyatakan oleh Nabi sebagai Tanah Haram (suci) sebagaimana Kota Mekah, dan disebut di dalam Al-Quran hingga tiga kali. Nabi SAW selalu mendoakan ketenteraman serta keberkatan bagi kota ini.

Sabda Nabi ketika berhijrah, maksudnya: ” Ya Allah, Engkau keluarkan aku dari bahagian bumi yang paling aku cintai, berilah aku tempat menetap di bahagian bumi yang paling Engkau cintai.”

RUMAH RASULULLAH S.A.W.

Kalau anda berada di Raudhah dan menghadap kiblat, bererti di sebelah kiri anda adalah bangunan empat persegi berwarna hijau tua yang mengeluarkan bau wangi-wangian. Bangunan ini asalnya adalah rumah Nabi SAW dengan Saidatina ‘Aisyah dan rumah Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah. Sejak Nabi wafat, rumah baginda terbahagi dua. Bahagian arah kiblat (selatan) untuk mak4m Nabi SAW dan yang utara menjadi tempat tinggal Saidatina ‘Aisyah.

Sejak tahun 678 hijrah (1279 M) bahagian atas rumah ini dipasang kubah hijau hingga sekarang. Di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi dimakamkan. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar juga dimakamkan di rumah tersebut dekat dengan makam Nabi SAW. Ini bermakna di rumah Nabi itu terdapat tiga makam.

Sejak tahun 678 hijrah (1279 M) bahagian atas rumah ini dipasang kubah hijau hingga sekarang. Di bawah kubah hijau inilah jasad Nabi dimak4mkan. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar juga dimak4mkan di rumah tersebut dekat dengan makam Nabi SAW. Ini bermakna di rumah Nabi itu terdapat tiga mak4m.

MAK4M NABI IBRAHIM.

Kira-kira 20 hasta dari sebelah timur Baitullah terdapat satu binaan kuning enam persegi ditutupi jaring dan berkubah. Di dalam binaan itu terdapat binaan kecil disaduri perak, dinamakan Mak4m Ibrahim.

Jangan salah anggap, ia bukan tempat Nabi Ibrahim disemadikan, sebaliknya batu yang disadur perak itu dikatakan diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Aswad. Di atas batu itulah Nabi Ibrahim berdiri ketika baginda membangunkan Kaabah dan puteranya, Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.

Batu itu sudah ditutup dengan perak, bagaimanapun bekas kedua-dua belah tapak kaki Nabi Ibrahim sepanjang 27 sentimeter (sm), lebar 14 sm dan 10 sm lebar masih boleh dilihat dengan jelas sehingga sekarang. Sekeliling batu mak4m Ibrahim itu diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung atas perintah Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi.

HIJIR ISMAIL.

Pagar batu berwarna putih yang berlingkar di sisi utara Kaabah. Tingginya 1.5 meter dan dibina oleh Nabi Ibrahim sewaktu membangunkan Kaabah. Hijir Ismail itu pada mulanya cuma pagar batu sahaja, tetapi kemudian para Khalifah, Sultan dan raja-raja yang berkuasa telah memec4hkan serta membangunkannya semula dengan batu mamar.

Dari ‘Aisyah R.A katanya; “Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah SAW memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata “Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah” – hadis riwayatkan Abu Daud dari ‘Aisyah R.A

Mereka yang telah mengerjakan tawaf disunatkan untuk sembahyang sunat dan berdoa di Mak4m Ibrahim, kemudian bersembahyang sunat pula dua rakaat di Hijir Ismail.

MULTAZAM.

Terletak di antara Aswad dengan pintu Kaabah, merupakan salah satu tempat paling mustajab untuk berdoa. Perkataan Multazam bermaksud,` Melekat’, kerana di sinilah seseorang itu patut melekatkan dadanya semasa berdoa.

Abu Daud meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas R.A berkata, dia pernah berdiri tegak di Multazam dengan dada dan mukanya menghadap ke Kaabah. Tangannya dianjurkan ke atas kepala menekap ke Kaabah. Kemudian beliau berkata, “Aku melihat Rasullullah SAW melakukannya”.

HAJARUL ASWAD.

Hajarul Aswad (batu hitam) diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia diberikan oleh malaikat Jibril kepada Nabi Ismail yang ketika itu sedang mencari-cari batu yang cantik untuk diserahkan kepada bapanya, Nabi Ibrahim yang memerlukan sebiji batu untuk dilekatkan di Kaabah sebagai penanda permulaan tawaf. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kemudian mencium Hajarul Aswad kerana terpesona dengan baunya yang amat harum.

Asalnya Hajarul Aswad merupakan sebiji permata putih, lebih putih daripada susu, tetapi lama-kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang-orang musyrik. Dari Ibnu Abbas R.A, katanya Rasulullah SAW pernah bersabda:

” Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. D0sa-d0sa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam.” – Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi.

Ekoran pelbagai peristiwa yang berlaku kepada kaabah termasuk akibat kerosakan dan bencana alam, yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak.

Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu. Mencium Hajarul Aswad adalah sunat, tetapi janganlah sehingga menyakiti orang lain atau menyakiti diri sendiri. Untuk mencium Hajarul Aswad ini kita tidak boleh terlalu memaksakan diri dalam keadaan yang penuh sesak terutama bagi kaum wanita.

TELAGA ZAMZAM.

Terletak hampir dengan Kaabah, ditemui oleh Siti Hajar, isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada Nabi Ismail AS. Ketika itu Siti Hajar dan anak kecilnya, Nabi Ismail sedang kehausan di kawasan gurun yang kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari-lari anak tujuh kali antara bukit Safa dan Marwa bagi mendapatkan air untuk anak kecilnya itu.

Ketika itulah Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir tersebut. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepung kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggilnya zamzam yang bermaksud ‘kepung air’. Ketika itu Mekah belum mempunyai penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w, Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah itu pada zaman pra Islam. Perkataan “zamzam” dipercayai berasal daripada ungkapan “zomk-zomk” bermakna “berhenti mengalir” yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam usahanya menakµng air yang berhamburan keluar.

Telaga zamzam dalamnya 30 meter dan kedalaman air hanya 3.32 meter sahaja. Bagaimanapun, ia tidak pernah kering walaupun dalam musim kemarau dan digunakan untuk menjadi sumber air utama kepada seluruh penduduk Mekah serta berjuta-juta jemaah haji dan umrah yang tidak pernah putus dari dahulu sampai sekarang. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsiµm, magnesiµm dan flµorida.

Wallahu a’lam

Sumber Pedoman Iktibar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.